SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, October 20, 2024

JJCM Parit Buntar : Ruma Konsi

jomlah kalini kita jjcm parit buntar pulak. nama kedai ni ruma konsi. berdekatan dengan hotel sri indar. ruma konsi ni tepi jalan jadi lepas shell tu kena slow down dia belah kiri sebelum naik fly over. alamat dekat No 14, jalan taiping.

parking luas tau masuk je kedai terus ke belakang untuk park kereta. FOC. tak berebut nak park kereta. lepastu jalan sikit masuk dalam kedai. kedai pun cantik. boleh makan dekat luar, dalam pun ada. masa sampai tu panas, jadi kitorang 5 beranak makan dekat dalam.

buku menu comel. pilih menu dan tulis dekat kertas. masa menunggu tak lama sangat. servis bagus, staf peramah baik sopan. harga standard kafe. pilihan menu pelbagai ada western, ada nasi, ada ayam crispy, ramen, burger dan minuman pun banyak jenis. macam macam boleh, order jela. Total makan 5 beranak RM107.10.

ni apa yang kitorang makan, caption pada setiap gambar:

chicken buttermilk white rice
RM18.90

beef blackpepper white rice
RM15.90

char ho fun
RM15.90

whole/wings chicken mix 6pcs
RM15.50

kids meal nugget fries vitagen
RM8.90

cheesy wedges 
RM8

midnight latte RM14
lemon ais RM6/glass


STATUS RUMA KONSI : kalau cikzira duduk parit buntar cikzira akan repeat nak try menu lain pulak. makanan pun ok ada rasa. kalau korang mai parit buntaq, bolehlah try makan dekat ruma konsi ni tau✅

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails