SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, October 20, 2024

Yusra Pool Villa Parit Buntar

ok pembaca blog merah cikzira sekalian, kalini cikzira nak review homestay villa private pool yang ada 5 bilik di parit buntar dekat dengan mydin. 

Yusra Pool Villa ni sangat sesuai untuk buat family gathering yang ada family ramai. tanah villa ni luas sangat boleh park dalam 3-4 biji kereta dalam rumah kalau lebih park depan rumah. surau pun depan je beberapa langkah sampai surau. 

pool belakang rumah buka pintu dapur nampak pool. cantik. kawasan belakang villa ada tempat untuk buat BBQ. 




























ruang tamu sangat luas. bilik air semua cantik. dapur pun cantik macam macam kemudahan ada. washer dryer, dapur untuk memasak. peti sejuk besar. setiap bilik ada ekon kecuali ruang tamu masa cikzira check in belum pasang lagi. tv ada di ruang tamu dengan master bedroom pun ada tv. 

mesti nak tahu harga kan. ni cikzira reveal harga untuk 2024. kalau weekdays RM800, weekend RM900, public holiday RM950. untuk homestay villa secantik Yusra Pool Villa ni cikzira rasa amat berbaloi kalau korang family ramai nak staycation ke family day ke kan. sesuai sangat. berbaloi sebab nak selfie pun banyak port OOTD cecantik. 

untuk pertanyaan lanjut, boleh whatsapp wasap.my/+601155858090

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails