SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, December 28, 2024

JJCM Penang : Dulang

Semalam hari Jumaat, 27.12.2024 cikzira pergi lunch dengan bestieku cikpuan farah. Kitorang geng makan sorang 2 pinggan nasi. Orang kedai kalau hantar nasi mesti terkejut sebab dua orang perempuan tapi nasi 4 pinggan😅

Lunch dekat Dulang yang baru sangat beroperasi dua bulan, start Oktober 2024. Dulang ni terletak di 145 Lebuh Muntri Georgetown kedai tepi sekali, ada parking tepi kedai. Senang nak cam sebab kedai warna hijau. 

Kedai cantik nak ootd pun lawa. Depan kedai ada gazebo kecik. Masuk kedai pun ada spot ootd. Kedai luas bersih selesa cantik sampai ke toilet dengan sinki pun cantik. 

Ok, tengok gambar dan baca caption tau korang:






Masak Lemak Cili Api Daging RM25.90
tak pedas langsung budak boleh makan je

Ayam Goreng Berlado RM15.90
pun tak pedas tapi manis, rasa daun limau purut


Telur Dadar Gebu RM9.90
unik tau macam kek 

Teh O Ais RM5, Kopi Kampung Ais RM7




geng makan dua pinggan nasi sorang


Status Dulang : untuk mulut kaki pedas kuat macam cikzira dengan farah, kitorang makan tak puas. Sebab dua lauk yang sepatutnya pedas tu masak lemak cili api dengan berlado tu dua dua tak pedas langsung. Jadi makan tu macam tak puas lah. Tapi kalau korang tak makan pedas bolehlah mai sini. Kalau suka pedas boleh request nak pedas. Cikzira kasi 3.5/5 ⭐️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails