harini ahad, 8.12.2024
pergi sarapan berdua dengan abdul khaliq dekat Kopitiam 7 pagi yang terletak di Lebuh Tye Sin bawah Super8 Hotel. dua kali pusing baru dapat parking. nak habaq siap siap parking memang susah.
Kopitiam 7 Pagi ni buka setiap hari kecuali jumaat. buka dari 7 pagi sampai 3 petang. sampai tu kena beratur kejap pastu oder siap siap. dah oder akan dapat nombor dan cari meja kosong duduk dan tunggu makanan.
makanan tunggu tak lama, servis ok. harga standard kafe. kopi ais ok cawan tinggi. cuma pilihan menu tak sikit tak banyak.
macam biasa ye korang, bawah ni gambar dan harga tau:
|
Char Hor Fun RM8.90 |
|
WanTan Mee BBQ Chicken RM9.90 |
|
Roti Bakar Kaya RM4.90 |
|
Char Kuey Teow RM8.90 |
|
2 bungkus CKT |
|
Kopi Ais RM5.90 |
Status Kopitiam 7 Pagi : servis ok, harga standard makanan ok berasa. nak kata pi lagi tu susah sebab parking susah. tapi dah try oklah☺️
No comments:
Post a Comment