SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, December 14, 2024

JJCM Penang : Pak Mat Western, Mat Coffee, Mat Chicken & Burger

Alkisah di pagi jumaat, 13.12.2024. Tiba tiba rasa nak pi beli burger glorious dekat mat chicken & burger. tengok waze dalam 30 minit. Bersiap terus sampai sana 9.30 pagi. 

Best sungguh pergi PMW ni pagi hari bekerja. Sampai tu tak ramai terus boleh order mat chicken & burger. Tapi hampa sebab glorious tak ada lagi sebab awal lagi katanya ada time lunch sedih lah. Sebab nak balik nak kerja. Takpelah oder jela ayam dengan burger lain yang ada. 

Sementara tunggu ayam dengan burger siap, masuk dalam nak makan nasi lemak 90 sen. Abdul khaliq makan sepinggan nasi lemak 90 sen tu, ibu plak makan nasi lemak lamb chop RM14.90. Dah set time tunggu 16 minit. Nasi lemak sampai panas. Tapi lamb chop tu tak panas dia suam suam. Pakcik yang femes selalu berbaju batik tu tanya setiap meja dah oder ke makanan cukup ke. Licinlah ibu dengan abdul khaliq makan nasi lemak. Memang saja nak try tu je. Lamb chop tu rasa ok oklah, sos dia plak macam biasa masih rasa manis sket dan rasa pun biasa biasa. Nasi lemak tu nasi dia berasa lemak2 santan ada bawang bawang merah tu. Sambal ok sedap cikzira suka. Portion 90 sen tu sesuai sangat dengan harga kalau cikzira makan tu saja boleh pi 3 pinggan sekali jalan😅








Setel makan PMW, ayam dengan burger pun dah amek, oder la plak coffee. Tapau ice latte 2 cawan, dengan salted caramel latte buttercream. Yogurt untuk abdul khaliq sekali. Minum plak kopi dengan habiskan yogurt dulu. Iced latte memang latte la takde gula tapi sedap. Yang buttercream tu manis cikzira tambah air sejuk banyak kali sebab cikzira memang suka kopi pahit pahit takde gula sangat. Tapi sedap je. Yogurt plak sedap rasa yogurt yang mahal. 






Nak balik dah lalu mat chicken burger macam nampak burger glorious terus tanya adik tu burger glorious dah ada ke. Dia jawab ada dah. Duk yay happy sebab ada jugak rezeki dapat beli nak rasa. balik dengan happy dapat makan dan tapau banyak dan macam macam. Sungguh gembira hari jumaat cikzira. 







Untuk ayam saiz ok tak kecik. Kulit pun berasa sedap tak tawar tak kosong. Juicy cuma berminyak sket. Mashed potato dan coeslow sedap. Burger deluxe tu memang beso. 




Best pi PMW ni, dalam satu tempat ada 4 kedai. Dessert je tak beli sebab dah banyak sangat dah membeli. Next time plan datang lagi rasa dessert sebab tengok menarik. 











Tapi yang tak puas hati, 3 kali datang tak jumpa la plak una ica dengan izz😂 takpe, tetap akan repeat lagi tapi taknak datang weekend sebab weekend penuh manusia. Nak datang tenang tenang macam tadi best😍

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails