lalu je depan kedai tengok orang beratur ramai. parking pun penuh. dahla tengah lapar. park jauh sket jalan kaki. kena tulis waiting list nanti dah sampai masa ada meja kosong staf akan panggil nama. cikzira tulis 8.03pm, dapat masuk 8.25pm. tunggu dalam 22 minit jugaklah.
kedai ashhry ni dah ada tiga lot tau. bangga tengok. orang pun sanggup beratur tunggu lama. kitorang dapat lot yang asal warna pink ada jual kasut FKL tu. tak ramai duk meja yang tu. kitorang je pastu ada reserve lepastu ada satu family ramai.
apa yang special dekat Ashhryshoshedap ni dia mesra baby tau. banyak sangat baby cot yang jenis berbuai tu jadi mak ayah bawa baby boleh letak anak dalam tu makan dengan tenang.
yang special lagi takde dekat kedai lain, nama nama menu tu macam terbuai nak baca nama menu dengan caption setiap menu. menarik sangat!
ni apa yang cikzira order. harga semua belum masuk tax tau. baca caption eh:
Creamy Butter Chicken RM25.90 9/10 |
portion nasi banyak, dapat telur mata salad timun segar dan banyak yang best ayam tu bukan ayam popcorn tau ayam ketul camtu kepak dan peha ada 6 ketul butter dia pun style tak sama kedai lain SEDAPPPPP |
Imbuhan Cinta Membawa Rindu RM25.90 9.8/10 |
pinggan besar tau bukan pinggan kecik portion boleh makan 2-3 orang udang besar 3 ekor sotong besar penuh dalam nasi |
pedas semua cukup ikan bilis rangup nasi sedap perfect! |
ni dapat sekali dengan imbuhan cinta membawa rindu keropok 2, telur mata dengan sambal belacan sambal belacan tu sedap pedas! |
Anak Tak Makan Pedas RM25.90 9.5/10 |
sebenarnya nasi goreng cina, rasa tak kosong tau nasi dia berasa sedap udang besar 3 ekor, ada salad dengan sup keropok moni pun ada dalam nasi penuh sotong besar besar |
kalau bawa anak anak ramai order je ni telur mata pun dapat sekali dengan harga RM25.90 sangat berbaloi! |
Thai Tea RM9.90 4.7/10 sedappp rasa thai tu kuat bukan teh ais biasha |
patutlah ramai beratur. berbaloi tunggu lama. order dan payment guna QR, 8.32pm. dapat air 8.39pm pastu dapat makanan pertama 8.43pm. makanan laju.
yang bestnya memang kalau tengok harga semua macam mahal kan, tapi Ya Allah berbaloi sangat. macam nasi goreng cikzira order kan, harga sume RM25.90 tak masuk tax tapi portion besar!! kalau jenis tak makan nasi banyak, korang boleh share 3-4 orang. serius portion banyak! kalau dah tanda seru tu maksudnya apa. memang banyak korang.
cikzira ni jenis makan nasi dua pinggan tadi pun sket lagi je tak larat habiskan. abdul khaliq pun makan sket lain tak habis tapau penuh satu bekas. udang besar 3 ekor, sotong penuh dalam nasi sotong pun besar besar tau. bukan kecik. kalau ikutkan apa yang dapat dalam pinggan tu dengan harga tu murah sangat.
menu pun pelbagai, macam macam pilihan ada. set nasi, pasta, minuman, kudap kudap, pencuci mulut macam macamlah ada. tadi yang order semua sedap. teh ais pun sedap❤️
korang tolonglah pergi makan sini kalau sampai JB. RECOMMENDED! cikzira kasi 5 bintang⭐️
No comments:
Post a Comment