CHECK OUT ORANG ORANG VILLAGE
hari terakhir di bumi Perlis Indera Kayangan. malam tu hujan selebat lebatnya sampailah ke subuh sampailah ke pagi. jadinya, tunggu hujan reda. tapi tak habis jugak hujan, abdul khaliq mandi jugak kolam pastu main basikal.
pastu bersiap mandi kemas semua barang. hujan berhenti ada matahari kejap je. masa nak amek gambar sebelum check out tu hujan lebat semula. bervideolah tiga beranak dalam hujan. lepastu check out.
LUNCH - Warong Anjung Keli
dari Orang Orang Village ke Warong Anjung Keli dekat je, 6-7 minit macam tu. disebabkan hari bekerja dah di Perlis, jadinya takdelah crowded sangat. masih ada banyak jugak meja kosong. masuk masuk tu ada stall jual makanan aiskrim macam macam jugak.
terus masuk sampai belakang sebab lapar nasi. walaupun masa tu dah 12 tengah hari, nasib baik masih ada je lauk lauk. sebab kedai ni buka seawal 10.30 pagi.
ibu amek nasi + keli sambal + ulam sambal belacan. khalisah amek nasi + ayam goreng + telur goreng + kerang rebus. adik macam biasa dia nak nasi + kuah gulai + sosej tambah dekat dia. pastu khalisah order teh ais. Total semua RM34.65
NGOPI - Lorpak
sebelum bergerak ke penang, nak cari kopi. terus ke pekan kangar nak pergi kedai viral jugak alang alang sampai perlis kan. dari warung anjung keli dalam 7 minit gitu tak silap. lokasi dekat kapitol situ kedai kopi berderet. ada ahli kopi, ada ngopi, ada kopi saigon, kopi vietnam. eh banyak kedai situ.
comel ke kedai Lorpak ni. khalisah order iced matcha pistachio, ibu iced latte spanish. Total RM23. ok sedap. cup biasa kecik tu.
JOM Balik Penang
selesai dah hari ketiga dan terakhir di Perlis. staycation ibu adik kakak sempena cuti deepavali 2025. habis cuti, harini dah sekolah dua hari pastu sabtu ahad balik.
terima kasih baca blog merah ibu sampai habis. semoga membantu sedikit sebanyak kalau korang nak bercuti ke Perlis❤️












No comments:
Post a Comment