SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 6, 2011

kalau muka sendiri ada dalam blog orang lain, mesti rasa terharu kan. terima kasih ye!




rasanya sebelum ini pun ada blogger yang senaraikan blog MERAH cik zira dalam entry list blog dalam blog mereka. tak silap, blogger fofular, noor afzan pun pernah senaraikan blog cik zira. terima kasih ye dEar







blog MERAH ini blog biasa namun istimewa buat cik zira sebab blog ini blog kisah cik zira, kisah seharian cik zira, keluarga, orang-orang yang disayangi, perkara sekeliling yang terjadi pada cik zira.
dan selalu akan ada kisah pasal MAKANAN sebab cik zira SUKA MAKAN. itu memang benar sebenar-benarnya. kalau rajin, akan ada juga entry TIPS mudah untuk dikongsi. secara kesimpulannya, blog MERAH ini memang mengenai cik zira secara jujurnya. iyelah, kita sendiri kenal diri kita dan bukan orang lain. orang lain memang kenal tapi tak sama macam kita mengenali diri kita sendiri.
aik, betul ke apa yang cik zira cakap ni ea. hem,, betul lah tu,, =)






jadi, untuk entry petang ini, cik zira dedikasikan kepada seorang blogger lelaki, iye, lelaki ye, kerana sudi menyenaraikan blog MERAH cik zira dalam entry beliau di SINI bersama blog-blog lain yang menjadi kegemaran beliau untuk dibaca dan dijengah.






TERIMA KASIH berbanyak kepada MR. K, bukan suami orang, agaknya, hehe kerana menempek gamba header cik zira tuh siap. MERAH memang MERAH. i like!!






bukan Mr. K sahaja, tapi sebenarnya cik zira nak berterima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi menjengah, membaca dan mengikuti blog MERAH kesayangan cik zira. terima kasih korang. cik zira sayang korang sangat tau!






cik zira mula berblogging april 2009 masa dekat UUM lagi. dulu blog baru nak mula, belajar sikit-sikit. sekarang, alhamdulillah, bulan april nanti masuk 2 tahun. memang niat nak berblogging ni untuk berkongsi cerita dan kisah cik zira. plus dulu jualan tudung kencang, cuma sekarang slow sebab ramai dah jual tudung. hehe. kedai cik zira dah ada blog sendiri, jadi segala jualan dekat ... REDshop ... ye.






cik zira suka sangat menaip untuk blog MERAH ini. dah macam sebati dengan cik zira. cik zira pun menulis diari sejak darjah 6 sehinggalah sekarang. memang suka menulis. sebab tuh cik zira sayang blog MERAH ni sangat-sangat.






kepada semua pembaca, pengikut dan rakan-rakan sekalian yang mengenali cik zira sama ada secara personal mahupun secara membaca dan mengikuti blog MERAH ini, terima kasih lagi sekali cik zira ucapkan. terima kasih sekali lagi jugak kepada MR. K untuk entry INI.






entry ini untuk kamo plak dan untuk semua yang cik zira sayang!!









~sekian~










k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 6 januari 2011 9.20 a.m.

6 comments:

susu said...

bestnya org wt entry sal blog kite kan..syabas2..btw canteknya merah makngah..i folo u cikgu

~boy_Mr.K~ said...

hahaha... tq cik merah...

Mr. BLB said...

waa tahniah3

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

susu : haah, memang best, tgk muka sendiri kat blog orang,, thanx ye,, rajin2lah datang ke mari ea,,

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Mr. K : thanx jugak ye,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Mr. BLB : wah, terima kasih,, ^__^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails