SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 28, 2012

gembira bila bersama.




maaflah kebelakangan ni, sejak cuti seminggu ni masa mengupdate blog MERAH macam takde je. sibuk luangkan masa bersama suami yang bukan selalu dapat berjumpa bila dalam kes hubungan jarak jauh ni. tapi takpe, Insya Allah, mulai hari ni blog akan berupdate seperti biasa.






semalam kan suamiku berada di JB bersama dengan cik zira. dia hantar cik zira balik dari penang setelah 6 hari berada di sana. jadi, dengan masa sehari sahaja yang ada untuk bersama suamiku, maka selepas solat jumaat, kitorang pun berjalan di KSL. sampai je terus pergi makan dulu dekat Seoul Garden. makan dekat situ sejam lebih tapi tak makan banyak sangat pun sebab macam dah kenyang. selalu cik zira akan makan banyak. suamiku kata dia tak suka sangat makan dekat situ. baiklah suami, lepas ni kita tak makan situ dah k. makan tempat lain,,, ;)






harga makan berdua di Seoul Garden tu RM 70. sorang RM 35 macam tu lah dah masuk tax semua. cik zira suka makan dekat situ bila teringin. tapi lagi best kalau dapat makan dekat Rawa Steamboat. baru RM19. sama je lebih kurang makannya.






lepas makan dan masa masih kenyang, terus keluar dan berjalan-jalan dekat KSL tu tengok-tengok nak bagi makanan dalam perut tu hadam sikit. suamiku kata nak pergi tengok-tengok tshirt. last-last, berhabis jugak membeli tali pinggang, kemeja, tshirt dan jeans. orang lelaki ni kalau shopping mahal sungguh kan! nasib baik jadi perempuan, tak payah beli sampai beratus-ratus macam lelaki.







lepas selesai membeli-belah barang suamiku, kitorang pergi masuk tesco jap beli tepung bik ani kirim. lepas tu pergi beli hotdog jumbo dekat aunt's anne. sedap hotdotgd dia. besar betul dan harga pun RM 8.80. okeh, lepas tu terus bergerak keluar dari KSL dan ziarah kubur mak dekat kebun teh. baca doa dan kemaskan kubur mak. cik zira bawa menantu mak jumpa mak,,, =)






balik asar. berehat kejap dan cik zira kemaskan beg suamiku yang mahu pulang ke penang. lepas maghrib keluar sekejap ke klinik sebab kulit cik zira masalah lagi. pergi farmasi beli ubat sikit. balik rumah pun berehat sekejap dan pukul 9 lebih keluar menuju ke larkin. maka berpisahlah lagi suami isteri ni terpaksa berjauhan JB-PENANG.


dah kena tinggal sorang-sorang,,, =(




cik zira suka sangat bila dapat bersama. perasaan gembira tu tak dapat nak digambarkan bila dapat tengok suami hari-hari. tapi, keadaan cik zira tak mengizinkan cik zira dan suami bersama macam pasangan lain. dan bila dapat berjumpa sangat gembira tapi saat nak berpisah tu, paling cik zira tak suka. huhu






inilah cerita cik zira bersama suamiku semalam. masa sekejap yang ada diluangkan sebaiknya. Insya Allah, lepas ni jumpa lagi sekejap sebab lepas tu sekolah dan sibuk dan jumpa pula cuti bulan 3 nanti.






okeh semua. cerita cik zira untuk entry ini sampai di sini dahulu ye,,, =)







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 9.53 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails