kepada semua guru seluruh dunia tidak kira di mana anda berada, cik zira nak ucapkan :
SELAMAT HARI GURU!
terima kasih kepada semua cikgu cik zira dari kecik sampailah ke masuk maktab dan UUM. tak dilupakan kepada GURU TERBAIK cik zira dan adik-adik iaitu arwah mak, Pn Azizah binti Haron yang telah mengajar cik zira dan adik-adik dari kecik macam mana nak mengenal huruf, membaca, mengira dan menulis. terima kasih mak!
dan hari ini, cik zira sendiri menyambut Hari Guru untuk tahun ke 3 cik zira bergelar seorang pendidik anak bangsa. walau apa pun orang kata dan walau apa pun persepsi orang terhadap kerjaya guru ni, cik zira dan rakan-rakan yang bergelar guru sahaja tahu dan faham jerit perihnya menjadi pendidik terutama untuk generasi zaman sekarang yang jauh bezanya dengan zaman dulu-dulu.
wah, hari ni cik zira awal pagi dah bangun bersiap dan bertolak ke sekolah gelap-gelap lagi. semangat sebab nak sambut Hari Guru. cik zira macam biasa akan jadi pengacara majlis dan paling tak sabar nak buat persembahan dengan anak-anak 2A.
ok. sekarang cik zira dekat sekolah tengah pot pet pakai microphone. nanti ada gambar ke video ke, cik zira kongsikan ye.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 14 mei 2012 9.25 p.m.
No comments:
Post a Comment