SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Friday, February 12, 2016
Dasar kuat makan
Tak kisahla duk penang ka, duk jb ke, dapat makan memang makan. Makan ni seronok lagilah kalau dapat macam kitorang tiga beranak jenis tak kisah makan apa sume telan je takde nak memilih.
Kalau sedap bonus leh makan lagi, kalau tak sedap takyah makan dah cari makan yang sedap sedap.
Ni cerita pada suatu malam. Cari makan malam malam sampai ke seberang sebab khalisah nak nek jambatan pulau penang. Khalisah sebut jambatan pulau penang tau.
Cari cari banyak dah tutup sebab dah pukul 10 lebih. Makanya makan di mamak jela.
Order khalisah roti canai sekeping habis. Dia makan mee goreng sotong babah sket. Lepastu babah punya roti telur pun dia bedal.
Budak kuat makan sungguh. Memang terbukti sebab ibu babah pun gitu. Duduk bertiga ni masing masing dah membulat dengan sungguh berjaya.
Syabas. Teruskan usaha jadi kaki makan anak beranak paling utuh! ;)
Labels:
..:: family ::..,
..::fooD::..,
anak ibu,
penang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment