hari terakhir di jakarta, kitorang repeat pergi shopping lagi sebab duit ada lagi. lepas je sarapan, kitorang jalan kaki menuju ke Tanah Abang mall balik. ingat ye, kedai-kedai buka jam 8 pagi tu pun masih slow-slow semua duk buka. jangan pergi awal tau. nanti macam kitorang semalamnya tunggu lama kedai tak buka lagi.
kitorang bajet kul 11am kena keluar dari situ balik hotel kemas barang last, sebab lepas check out terus nak ke aiport sebab takut macet/jem. jakarta terkenal dengan jem teruk tau. jadi, walaupun flight malam cik zira dan ina decide terus jugak nak ke hotel biar sampai awal jangan lewat.
lagipun kitorang memang nak shopping dekat tanah abang tu je sebab tu duduk pun dekat Juno Hotel, boleh jalan kaki je ke tempat shopping. jadinya, walaupun masa ada je lagi nak berjalan tu tak pun sebab tak plan berjalan-jalan pun.
luggage ada 1, beg ada 2, beg plastik dalam tu sejadah pastu backpack ina sume check in. beg cik zira je bawa nek atas. cukuplah 20kg sorang. legaa
nak ke airport ina book bluebird teksi tu dekat fon guna apps mybluebird yang cik zira dah pernah share dalam entry sebelum sebelum ni.
cik zira sampai tertido kejap sebab memang rasa jauh sangat nak sampai airport. padahal malam masa awal sampai tu tak sampai setengah jam pun. tapi masa nak balik ni rasa jauh sangat sebab jem.
tu pun driver teksi tu cakap oklah jem ni masih gerak. kadang jem tak gerak langsung lagi teruk.
sejam lebih baru sampai terminal 2, jakarta airport. masa sampai terminal 3, masa nak balik dorang tukar terminal 2. sampai terus makan dulu lapa. cik zira bagi je driver 250K rp walaupun meter 220k rp. sebab masa sampai malam tu 250k rp sekejap je ni lama jem. kesian driver tu. mas saiful nama dia.
nak beli air mineral tengok dekat mesin masha Allah mahalnya la air masak. beli jugaklah 1 sebab cik zira memang minum air masak.
sampai awal lepas makan kitorang duduk sekejap. lepastu solat jamak untuk zohor dan asar.
cik zira belajar satu perkara masa solat dekat situ. sayu dan bersyukur dilahirkan dekat Malaysia. sebab Islam kita lain dengan Islam dorang. abah kata pegangan dan mazhab buatkan berbeza.
korang bayangkan, cik zira ada nampak sorang pramugari tu, dia solat nak pakai telekung, tapi dia wudhu makeup tak basuh, air sume bertakung kat muka. huhu.
lepastu, tempat amek wudhu perempuan dekat ngan tempat solat lelaki. macam terbuka jugakla. ada sorang tu solat nampak kaki tapi dia biar je macam tak kisah bab tu. sayu sangat rasa bila tengok Islam sana. dan bersyukur sangat sangat sangat.
lepas solat, kitorang check in beg tapi kena tunggu jugak kejap sebab belum buka untuk yang flight kitorang. dah check in beg terus masuk dalam sebab malas dah nak tunggu kat luar. masuk awal tunggu pun lama. jalan-jalanlah dalam airport tu. tapi, SEMUA MAHAL. coklat coklat pun mahal. Malaysia lagi jauh murah.
jadi, jalan jelah. pastu bila tiba masa solat, kitorang jamak maghrib dan isyak siap-siap.
flight kitorang delayed. sejam lebih jugak. tunggu lama lagi tengok gelagat manusia-manusia dekat airport tu.
selamat naik kapal terbang, tak saba nak makan. dapat nasi goreng. sebab bila upgrade seat dia bagi makanan tapi tak boleh pilih. habis makan nasi goreng beli meal tambahan, cik zira try sandwich. lepas makan nasi goreng, habiskan sandiwch pulak RM10.
dan alhamdulillah selamat sampai klia2. nasib baik tak kena cukai sebab barang sket je kot. lagipun sampai dah lewat malam dorang tak strict kot dah penat. tunggu beg, amek beg dan tunggu van gopark datang pickup kitorang. dia anta terus ke kereta.
dari situ kitorang terus gerak balik melaka. kereta tak banyak jadi kurang sejam kitorang dah selamat sampai melaka. alhamdulillah. sampai dalam kul 2 pagi. terus masuk bilik cium cium khalisah dan khaliq tido. khaliq terbangun main ngan dia jap pastu tido balik sama-sama.
BEST-SERONOK-HAPPY-SHOPPING BEST SANGAT.
puas hati. berbaloi walaupun last minit plan. kenangan untuk ina pertama kali travel naik kapal terbang. dan trip berdua kitorang bersama. walaupun pertama kali ke sana tapi alhamdulillah semua dipermudahkan. syukur.
setakat ni je perkongsian cik zira untuk TRIP KE TANAH ABANG JAKARTA. entry lepasni cik zira sum up kan point penting untuk rujukan korang k =)
No comments:
Post a Comment