SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Sunday, January 13, 2019
TRIP KE TANAH ABANG JAKARTA : TIPS DAN INFO
TIPS DAN INFO BERGUNA KE TANAH ABANG JAKARTA
ok cik zira dah selesai sharing 10 entries trip ke tanah abang jakarta sebelum ni. harini, cik zira nak buat kesimpulan nak share tips dan info penting untuk rujukan.
1. tiket airasia. cik zira beli sminggu awal je. jadinya mahal la kot. kalau korang beli time ada murah boleh jimat banyak lagi. cik zira beli return untuk dua orang skali upgrade premium rm49 tu time nak balik total rm700 ratus lebih.termasuk beli makanan dan beli seat dari klia2 tu. tu pun dah amek yang paling murah amek flight malam.
2. kalau bawa kereta nak parking tinggalkan beberapa hari untuk nek flight kat klia/klia2, cik zira sangat suggest korang park under GOPARK. sebabnya murah dan best dia akan hantar korang terus ke airport dan masa sampai pun akan pickup anta sampai ke kereta balik. rate dia rm20 sehari untuk outdoor dan rm25 sehari untuk indoor. murah berbanding tempat lain.
3. JUNO HOTEL - sangat sangat cik zira recommend untuk korang yang nak shopping dekat Tanah Abang Mall tu. hotel baru. harga ok. dan paling penting jalan kaki 300 meter je macam tu nak pergi shopping. tolonglah check in sini. sekali sarapan untuk dua malam cik zira bayar RM270 macam tu. ada cik zira tengok hotel lagi dekat tapi mahal dan tengok gamba pun mengerikan. JUNO HOTEL ni sangat sangat ok.
4. tuka duit siap siap ke rupiah masa dekat Malaysia senang. sebab rate sana macam rugi je bila tuka dekat sana. sebab apa rugi cik zira dah terkena masa nak tuka duit Rupiah ke RM. rugi nak dekat RM200 jugak. baik tuka dekat klia2 tu lagi untung. atau kalau tanak bawa cash banyak, aktifkan kad korang untuk antarabangsa.
5. kalau jenis memang nak shopping banyak, korang belilah luggage banyak sket k. cik zira dan ina ni nak hadkan shopping kitorang supaya tak terbabas maka beli 20kg sorang je.
6. silalah bawa makanan untuk makan time lapa dekat hotel. sebab makanan area situ mahal dan tak sedap. air mineral botol kecik pun mahal. korang masak air dekat dalam bilik hotel pastu refill dalam botol bawa masa shopping kot nak minum air kan. bawalah megi lagi nikmat makan time tu sedap pun sedap walaupun megi je.
7. jangan beli simkad dekat airport mahal. kat tanah abang tu tingkat bawah skali tak silap ada simkad lagi murah. axiata. cik zira dah share kan sebelum ni. cik zira tak beli pun simkad. ina je. cik zira bergantung pada wifi hotel sebab tanak ada gangguan masa shopping. eceh.
8. Tanah Abang ni tak sesuai kalau nak bawa anak dan baby kecik. sangat tak sesuai. bukan tanak bawa tapi bersyukur sebab tak bawa. ina pun cakap nasib baik tak bawa khalisah ngan khaliq. bawa anak kesian kat anak penat satu, kita pun tak dapat shopping dengan aman. takpe, anak tinggal kejap je balik bawa jalan-jalan tempat dorang plak.
9. tolong download apps mybluebird untuk teksi. kat sana guna teksi bluebird. warna biru sebab guna meter. kalau kat airport pergi dekat mesin warna putih untuk amek nombor giliran. kalau tak guna apps tu untuk booking bluebird taxi ni. rate airport ke tanah abang malam patutnya dalam 120k rp je. kalau siang dengan jem cecah jugak 220k-250k rp. tapi cik zira pergi balik 250k rp. seperjalanan. kira untuk duit teksi je habis 500k rp. ni cik zira la kena. pastu memang bagi lebih dekat driver. kalau korang dapat lagi murah lagi jimat =)
10. masa korang tengah shopping akan ada lelaki-lelaki pakai tshirt warna hijau offer nak bawakan barang korang ikut korang shopping. ramai sangat. memang dorang keje macam tu. tapi adalah bayarannya cik zira ngan ina tak tanya pun sebab kitorang usung je barang kitorang sendiri dalam luggage dan bagpack. sumbat sumbat je.
11. pakailah baju yang selesa untuk shopping dan usung barang. pakai sport shoes senang nak bergerak. pastikan jaga beg korang k. pakai beg bertali letak bahagian depan dan jangan leka. kalau duit banyak asingkan jangan letak satu tempat. letak wallet sket pastu letak kocek kiri sket kocek kanan sket. ikat dengan getah. bila yang dalam wallet dah habis buka lagi gantikan. ini apa cik zira buatlah.
12. harga lebih kurang sama je, jadi kalau dah jumpa satu kedai dan berkenan beli jela sebab nanti nak pusing patah balik dah jauh. kadang tak jumpa dah kedainya sebab banyak sangat. tapi macam kitorang esoknya repeat cari kedai telekung tak jumpa padahal depan mata je boleh tak jumpa 5-6 kali pusing. aduhai. seb bek jumpa jugak.
13. silalah beli batik batik dorang sebab sangat murah. kena pandai cari kedai. dan kebaya kebaya dorang belilah. TOLONG BELI SEBAB MURAH
14. jaga timing korang tau. untuk jamak solat. sebab sana masuk waktu awal. timing untuk ke airport semula pun kena jaga sebab jem teruk nak sampai ke airport. jadi better amek flight paling lewat. langkah berjaga-jaga. kalau korang check in hotel dekat airport takpela. cik zira check in Juno Hotel dekat dengan tanah abang tu jalan kaki je tu jauh dari airport.
15. ina ada buat chart tuka duit rupiah-ringgit malaysia. senang nak tahu harga dalam RM. tapi ni cik zira share yang redmummy punya dia pun buat masa shopping dekat Tanah Abang. dia punya senang nak refer.
16. berjalanlah sepuasnya sebab banyak yang cantik-cantik murah murah yang korang takkan dapat dekat Malaysia hanya dekat situ. sebab tu cik zira nak pergi sangat Tanah Abang dan impian terlaksana hanya kurang dua minggu disebabkan tengok member pergi shopping sana je. haha
ok sekian tips dan info dari cik zira dan adik bongsu, ina ke Tanah Abang Jakarta. kitorang berdua je. senang shopping pompuan pompuan je. lagi best hehe
oh lupa, korang boleh jengok video dekat youtube yang adik cik zira, ina share kan. trip kitorang ke tanah abang tu. KLIK SINI - VIDEO TRIP KE TANAH ABANG CIK ZIRA & INA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Jakarta.
Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
Makanan yang dijamu juga enak.
Pokoknya,kalau mahu ke Jakarta hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
Makasih ya empunya blog
Facebook: melancong murah baloi
Ig: melancong_murah_baloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
Jom ke Jakarta-Bandung tahun 2020! Promosi RM799/pax (min 6 pax) untuk 4H3M. Trip termasuk flight + transport + hotel + breakfast + tour guide. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com
Post a Comment