SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 5, 2020

check in lexis suite penang guna evoucher

setiap tahun lexis hotel group akan open evoucher dua kali. sekali pada bulan Mac valid sampai bulan 9 satu kali lagi bulan september valid sampai bulan mac tahun berikutnya.

cik zira akan beli dua kali setahun evoucher ni lepastu simpan guna masa rasa nak chek in. dan tahun lepas, hari sama ada hari sukan negara, balik dari sukan negara bawa khalisah khaliq gi mydin mall bukit mertajam tu, lepas tu check in dekat lexis suite penang guna evoucher tu.

email last minit, malam sebelum tu baru email tanya ada bilik kosong tak. masa dekat mydin tu baru dorang reply kata ada bilik kosong boleh check in.









dekat penang ni, dua hotel yang cik zira suka nak bawa khalisah khaliq check in. satu lexis suite penang ni, satu lagi bayview hotel dekat batu feringgi. sebab dua dua kids friendly.

kalau lexis suite ni bestnya private pool dan bilik beso. keduanya taman dekat tingkat 8 tu pun best. kalau hard rock hotel tak kids friendly boring je kalau check in situ.





kadang kadang bila rasa nak check in lexis suite, kalau tengah time mahal kalau booking online, cik zira guna je evoucher yang dah beli tu. tapi harga untuk bilik je takde breakfast. harga dia satu malam RM380. oklah sebab kadang kadang nak dapat harga online semurah tu payah jugak. tapi ni harga untuk executive room tau. kalau premium tambah lagi RM100.

kiranya dalam setahun paling paling pun 2x la check in lexis suite penang ni. kalau ada online murah dan tetiba rasa nak check in pun memang check in je sebabnya berbaloi duduk situ 1 malam. banyak aktiviti boleh buat selain berendam dalam kolam lama lama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails