SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, January 1, 2020

permulaan 2020

akhirnya kita semua telah berada di tahun 2020
wawasan 2020
dulu kan masa kecik selalu bayang wawasan 2020 ni ada kereta terbang ada robot segala kan
sekarang dah sampai dah ni
hari pertama tahun 2020

tahun baru
permulaan baru

esok
khalisah dengan khaliq sekolah, ibu pun sekolah
babah je pergi market kerja ;)

alhamdulillah dah setelkan semua apa yang patut dan esok masing masing mulakan tahun 2020 ni dan semoga semua dipermudahkan di hari pertama kembali ke sekolah

khalisah 7 tahun darjah 1
khaliq 3 tahun masuk playschool sampai tengah hari

masa 16 november haritu sekolah khalisah dah siap siap orientasi dajah 1 dah. awal. sekali dengan konsert sekolah tadika khalisah. jadi, pergi je jugak orientasi sekejap lepastu balik awal pergi tadika pulak.

tengok kawan belakang khalisah tu kecik comel je kan


sebelah khalisah tu hensem ibu berkenan hehe


khalisah kelas 1 Nafiri. ada 36 murid dalam kelas tu. dan khalisah paling tinggi rasanya kalau tak silap sebab yang lain kecik kecik comel je. pergi orientasi tak pakai tudung siap makeup yelah sebab terus nak gi konsert. seb bek takde siapa tegur dia kalau tak mesti dia malu.

esok balik kerja, kena dengar khalisah punya cerita di hari pertama sekolah. apalah yang dia nak cerita tu. mesti banyak cerita dia. lepastu kena ajar dia kemas buku sekolah dalam beg ikut jadual dan kena pantau homework dia sume.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails