Turun mandi dekat kolam pun lewat nak dekat pukul 11 pagi sebabnya hujan, khalisah pun masuk google meet kelas pdpr dia dulu.
Oleh kerana kitorang check in time tu weekdays, ya Allah seronoknya rasa kolam tu kitorang punya. Takde orang lain. Best sangat. Bayangkan Rasa Sayang Resort tu kitorang je ada. Heaven kan hehe
Syoklah sangat khalisah dengan khaliq mandi kolam puas puas. Masa tengah mandi tu pun ada hujan balik sekejap tapi teruskan jugak mandi.
Request check out lewat pukul 1, jadi bolehlah mandi lama sket.
Kolam situ pemandangan sangat cantik lepastu dapat dengar bunyi ombak. Memang tenang je rasa check in time takde orang. Tapi ni dah boleh rentas memang penuh lah hotel hotel dekat penang ni semua datang melancong.
Selamat bercuti dalam Malaysia ye semua. Masa untuk bawa keluarga bercuti bagi anak anak happy. Masa untuk balik kampung bertemu yang tersayang. Tapi ingat tau kita jaga SOP ye, covid masih ada.
No comments:
Post a Comment