Maka berakhirlah post cikzira share tentang staycation Rasa Sayang Resort cikzira. Post terakhir ni nak cerita pasal hari kitorang check out tu.
Dapat check out lewat 1pm with no charge. Sebab masa tu weekdays dan masih belum boleh rentas negeri. Jadi dapatlah check out lewat sejam.
Tema check out tema merah, masa check in tema putih. Sempatlah bergambar dekat laman bilik rasa junior suite yang cantik pemandangan tu, depan pintu bilik dengan dekat car park.
Happy. 1st hotel check in selepas 9 bulan. Khalisah khaliq happy sangat, ibu pun happy sebab Rasa Junior Suite ni kalau tak harganya satu malam cecah jugak RM1200 gedebak gedebuk. Ni sebab ada Penang Lang Promo dapatlah harga murah RM550 semalam inc hi tea dan bfast. Memang puas hati sangat grab promo ni haritu.
In sha Allah ada rezeki akan cik zira khaliq dan khalisah check in lagi dekat Rasa Sayang Resort ni.
Masuk je kereta tak sampai bape minit dua dua dah terlelap kepenatan mandi kolam hehe
No comments:
Post a Comment