SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, October 5, 2021

Rasa Junior Suite

Sebenarnya cik zira dah lama teringin sangat nak duduk dekat bilik Rasa Junior Suite dekat Rasa Sayang Resort ni sebabnya dulu cik zira pernah tengok shuib dengan arwah siti sarah check in bilik ni dengan anak-anak semua.

Sebab tengok ada kolam kecik dalam bilik tu. Pastu tengoklah harga bilik ni untuk satu malam. Mak ai, mahal lah jugak, gedebak gedebuk boleh cecah 1K untuk satu malam je. Boleh je nak check in dengan harga camtu sebab pernah check in harga macam ni masa birthday encik suami tahun 2019 dekat hard rock hotel. Tapi, macam takpelah, tunggu dulu.

Maka hasrat pun terkubur. Tup tup baruni tengok rasa sayang resort buat promosi penang lang untuk dua jenis bilik. Rasa Junior Suite ni pun termasuk dalam promosi ni. Harga cuma RM550 inc breakfast for 2. Separuh harg dari harga asal. 

Takpe tunggu, tanpa lengah, terus lah cik zira book with pre payment ye. Deposit dorang minta RM200/300 masa check in. 

Alhamdulillah hasrat tercapai, dan khalisah khaliq pun happy sangat sebab last check in hotel bulan 12 tahun lepas masa balik JB. 

Kebetulan memang cik zira dah lengkap 2 dose vaksin dah boleh bawa budak berjalan dan check in tapi ingat perlu patuh SOP ok untuk keselamatan bersama.

Sebab dah lama tak duk hotel, rasa macam wah happynya dapat keluar rumah sekejap. 






















Oklah, cik zira share kan gamba gamba dan pemandangan bilik Rasa Junior Suite ni ok. Promosi ni masih berlansung sampai 30 Oktober ni. Orang penang boleh direct ke website rasa sayang resort tau. KLIK SINI. Berbaloi sangat. oh ye, cik zira siap dapat extra bed lagi untuk khalisah nak tido sendiri. 

Jangan lepaskan peluang best ni!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails