SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, October 10, 2021

Rasa Sayang Resort : Online Food

masa sampai hotel ni kan dapat free Hi-tea kan, ala tu celah gigi je tak kenyang pun. Masuk bilik lepas sejam lebih macam tu lapo la balik.

tengok menu hotel untuk order, mak ai satu menu nak dekat cecah RM50. Dahlah jenis mana boleh order satu je kan sebab sekali beli untuk dinner. boleh tengok harga makanan dekat gamba bawah ni, cik zira ada snap. 


Tapi biasalah kan, dah nama makanan hotel kan, memang lah harganya segitu. 

Cumanya, cik zira bijak lah sket. Sebab rajin tengok Instagram hotel hotel ni. Dorang kan ada servis delivery makanan masa PKP kan.

Ha, apa lagi cik zira pun order lah dekat website dorang je. Makanan yang sama yang harga nak dekat RM50 kalau order call suh anta bilik, tapi bila order dengan website semua makanan tu hanya RM15 je tau untuk satu menu. 

BERBALOI KE BERBALOI?

tapi minimum kena order RM60 jadi cik zira order lah 4 menu. Jimat banyak kan kalau tak call suh anta bilik RM60 tu nak dapat 2 menu pun tak lepas.

tunggu dalam sejam gitu, makanan pun sampai. Portion besar memang banyak. Puas hati dan kenyang lah kalau makan sorang bagi habis.

Cik zira order:
1. Laksa penang
2. Nasi goreng
3. Kuey teow goreng
4. Nasi Lemak Kari Ayam



Tapi biasalah makanan hotel kan takdelah sedap sangat sangat sampai teringat ingat. Standard makanan hotel lah. Laksa dia biasa bolehlah nak makan. Nasi goreng ok sesedap rasa. Kuey teow biasa biasa tapi kalau makan panas panas oklah. Yang paling rasa berbaloi dengan harga RM15 tu ialah nasi lemak kari ayam tu. Sebab banyak lauk kan pastu banyak portion nya. 


Ha, kalau korang check in dan nak jimat, yelah bawa anak ramai kan, bolehlah order makanan macam cik zira melalui website hotel ok. Sebab makanan yang sama dapat lagi murah mestilah pilih yang murah kan. 

Dah book belum tu Penang Lang Promo Rasa Sayang Resort? Kalau belum apa lagi, meh KLIK SINI ok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails