SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, March 28, 2022

The Light Hotel, Penang

Ini cerita tiba tiba rasa nak check in sebelum buka sekolah haritu. Last minit book dekat agoda. Cik zira dah siapkan semua kerja, sempat pergi sekolah kejap hari sabtu tu.

Kemas beg pun last minit kul 1 lebih baru berkemas. 

Kalini check in belah seberang jaya pulak. Kalau belah situ The Light Hotel ni antara yang terkenal la dan rate bilik paling murah pun RM250 ke atas.

Haritu cik zira amek bilik double bed sekali breakfast RM280 macam tu.








Macam biasa la kan kalau check in hotel nak berehat, bawa khalisah khaliq mandi kolam dan nak makan. Untuk petang tu cik zira order foodpanda je Nasi goreng. Makan siap siap sebelum terjun kolam lepas asar.

Untuk makan order grab pulak order marrybrown. Situ senang makanan macam macam ada order je kalau taknak keluar bilik.

Esoknya, breakfast dekat kafe bawah. Ground floor. Buffett breakfast. Pelbagai pilihan makanan disediakan. Tak sempat snap satu satu. Lagipun ramai orang. 






Perut pun ketat makan mana yang mampu makan je. Tapi oklah makanan Dia ada rasa dan sedap. Pilihan pun banyak berbaloi la.

Lepas breakfast balik bilik salin baju untuk mandi kolam lagi sekali sebelum check out. Dekat kolam ok lah untuk sabtu ahad tak sesak sangat sangat. Kolam pun tak besar sangat sederhana besar untuk hotel yang macam tu. 

Ok itu je review cik zira untuk The Light Hotel, Penang. Kalau korang nak check in sebelah seberang jaya ini antara hotel pilihan yang besar dan baru selain Ixora Hotel yang cik zira pernah review jugak. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails