SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, April 3, 2022

Double Tree Resort, Penang


Bersempena birthday cik zira 27 Mac yang lepas, cik zira macam biasalah bawa khalisah dengan khaliq check in hotel. 

Kalini kita try Double Tree Resort dekat Batu Feringgi. Cik zira amek bilik double bed sekali dinner dan breakfast for 2.









Bilik cantik, sesuai lah untuk kitorang 3 beranak dan katil pun ok muat lah untuk tido dua orang atas satu katil tu. View plak masih boleh nampak laut walaupun jauh. 

Haritu check in awal jugak lah sampai kul 3pm. Selalu check in hotel mesti sampai lambat. Tapi kali tu sampai tepat waktu, jadi terus tanya kolam nak mandi lepas dah check in tu.

Orang jaga situ kata boleh mandi terus masa tu sebelum pukul 4. Terus kitorang masuk bilik salin baju dan turun kolam mandi. Tak ramai lagi dan masa tu masih panas matahari. 




Ada kolam biasa dewasa dan kanak-kanak. Pastu ada satu kolam asing untuk saiz kanak-kanak. Ada jugak play pool yang ada slide. Kira happylah budak budak mandi pool dekat hotel ni.

Habis mandi dalam kul 6 naik atas bilik bersihkan diri mandi salin baju solat asar. Lepas tu turun kafe untuk makan dinner.

Boleh pilih 2 meal dan 1 meal untuk kids. Cik zira pilih set sate dan set Nasi ayam hainan. Untuk kids pilih spageti bolognese.


Rasa? Macam biasalah kan rasa makanan hotel la. Takkan rasa macam warung tepi jalan kan, yang ni lagi sedap.

Disebabkan dinner awal masing masing dah kelaparan lepas isyak. Order grab mc Donald's. Khaliq oder happy meal bubur khalisah macam biasa set Nasi lemak fav dia. 

Esoknya turun breakfast awal amek slot yang 6.30-8.00am. Tu pun ramai dah orang makan.



Best jugak sarapan dekat double tree ni. Banyak pilihan. Macam macam ada. Muat tak muat jela perut nak makan. Macam biasa ada English breakfast yang sosej ham omelette sume tu. Pastu ada Nasi lemak dan lauk. Ada soup noodles. Ada station roti canai. Ada pelbagai kuih muih muffin roti roti. Ada air panas teh kopi dan air sejuk air juice. Untuk khaliq ada cereal dan susu segar. Ada popia jugak ada buah buahan dan salad. 

Oklah best sarapan dekat situ. Berbaloi. Nak tengok video kitorang sarapan boleh KLIK SINI

Habis sarapan naik atas bilik rehat sekejap lepas salin baju nak mandi kolam lagi sebelum check out.

Cik zira book dekat agoda.com amek twin guest room foodie staycation. Total RM426. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails