SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 24, 2022

Grand Orient Hotel & Laguna Waterpark

Okeh post kalini cik zira nak share check in cik zira khalisah khaliq ke Grand Orient Hotel pulak. 

Sebenarnya lama dah nak try check in sini tapi asek tunda tunda. Sebab tahu hotel ni ada Waterpark. Jadi kolam Dia bukan kolam biasa la. Budak budak sure suka.

Hotel ni kecik je tau. Ada 4 tingkat. Bilik cikzira tingkat atas sekali tingkat 4. Untuk tingkat 2 dan tingkat 3 bilik special sket. 

HARGA BILIK
cik zira check in semalam sabtu 23 Julai dan dah book bilik ni seminggu awal. Cik zira amek Superior King harga bilik termasuk 4 pas masuk ke Laguna Waterpark, RM239. Takde breakfast. Book terus dekat website hotel.
 


PARKING
mula mula nak cakap pasal parking. Parking sangat limited secoet je depan Hotel. Memang dalam 10-12 kereta je boleh parking. Selebihnya memang kena park tepi tepi jalan je. Nasib baik ada jugak kosong satu tepi jalan tapi jauh jugak sket nak berjalan masuk ke hotel. 


BILIK
masa book memang dah maklum bilik takde tingkap. Dan maklum jugak hotel ni bilik dia comel comel kecik je. Jadi untuk anak ramai memang tak sesuai kecuali kena amek dua bilik connected. Dan memang tahu jugak harga memang akan mahal kalau amek last minit sebab orang check in hotel ni sebab nak bagi anak anak main dekat Laguna Waterpark. 

Masuk je bilik alahai memang betul betul comel. nak bergerak pun limited. Tapi masih ada ruang untuk solat. Bilik Superior King ni ada katil saiz double besar sket dan ada tilam tambahan yang boleh tarik keluar dari bawah katil. Jadi kalau 3 orang dewasa pun boleh. 




Tapi untuk tandas ok, taklah sekecik saiz bilik. Kira saiz standard untuk tandas hotel. Selesa. Cuma ada masalah sket dengan flush sebab air flush nya slow sangat jenuh bila membuang nak kasi hapus tinggalan tinggalan. Hehe

LAGUNA WATERPARK
ha jom cerita pasal Waterpark. pendek kata kalau nak bawa anak anak menikmati mandi kolam yang dorang suka ini lah tempat nya. Kolam yang sangat luas dan besar. Ada bahagian dewasa dan ada bahagian untuk anak anak kecik. 





















Laguna Aqua Kids memang untuk anak anak kecik umur baby sampai 6-7 tahun. Tapi cik zira tengok mak ayah pun sama naik je main dekat sini. Hehee 

Untuk dewasa ada kolam bahagian slides tinggi dan dalam kolamnya untuk khaliq tak sesuai. Khalisah boleh naik banyak kali slides nya dan khalisah banyak mandi kolam dewasa sebab dah sampai untuk paras ketinggian dia. 

Laguna Waterpark ni buka 9 pagi lewat sket dari kolam hotel yang lain dan tutup pukul 7 malam. Pas yang dapat sekali pakej bilik tu unlimited maksudnya boleh mandi seharian lah kalau tak penat. 

So, cik zira dah try check in sini. Walaupun rasa harga RM239 tu tak berbaloi dengan bilik kecik comel, tapi sebab Laguna waterpark ni best jadi tak kisahlah kan. Janji khalisah khaliq enjoy staycation kalini. Tu yang penting. 

Next time kalau dapat harga seratus lebih tu lagi berbaloi lah rasanya. Kena book lagi awal lah sebab kalau last minit memang akan sentiasa sold out. 

Ok korang, terima kasih sudi baca perkongsian #cikziracheckin kalini di #grandorienthotel 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails