SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 16, 2023

Centara Hotel Hatyai

Haritu masa cik zira bercuti ke Hatyai, cik zira 4 beranak book Centara Hotel untuk 1 malam. Centara Hotel ni betul-betul berdepan dengan Lee Gardens Hotel. 

Tengah tengah pusat bandar Hatyai tu yang memang femes untuk cari makan dan berjalan malam-malam. Tapi masa cik zira sampai tu hari Isnin pasar malam dorang dekat bawah hotel tu tutup rupanya. 

Tapi takpe, turun je malam tu pun masih ada food night bazar. Macam macam je ada. makanan halal pun banyak je dan ramai boleh cakap BM. 

Kenapa cik zira pilih Centara Hotel ni? Sebabnya lokasi strategik memang berdepan Lee Gardens Hotel. Sebab kedua ada pool. Budak dua ketul ni check in hotel ada kan baru namanya hotel kanšŸ˜…

Bawah hotel tu betul-betul pun ada makanan halal untuk breakfast sampailah ke malam pun. Jadi jangan risau bab makan kalau check in dekat Centara Hotel ni. 

Dan buffet breakfast dekat Centara Hotel ni pun Halal. Jadi tak yah risau tau korang. Memang cik zira recommended la hotel ni masuk list korang kalau nak bercuti ke Hatyai. 





Cik zira check in haritu awal cuti sekolah, 20 Februari. Rate Centara Hotel masa tu dalam RM220-230 untuk satu malam tapi cikzira tak book sekali breakfast sebab saja nak cari makan sendiri pagi pagi. 

Kolam dekat tingkat 7 lepastu ada bilik kecik untuk budak budak main pun dekat tingkat 7 sebelah kolam. Khalisah khaliq pergi sendiri time tu takde orang. Bestlah budak dua tu rasa macam hotel sendirišŸ¤£

Jom KLIK SINI nak tengok video❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails