SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, March 19, 2023

Monkham Village Hotel, Hatyai

Kalau hari sebelumnya cik zira check in di Centara Hotel dekat post sebelum ni cik zira dah share, keesokkan harinya kitorang bertukar ke hotel lain pulak.

Masa survey nak bercuti ke Hatyai cik zira puas duk belek hotel mana nak check in sebabnya nak duduk hotel lain lain buat ghaso ghaso la kan orang cakap. 

Satu malam memang nak duk dekat hotel yang turun je macam-macam ada, tu yang pilih Centara Hotel. Satu malam lagi cik zira macam nak yang tenang-tenang je tu yang duk belek terjumpa la Monkham Village Hotel ni. 

Tengok review sume kata bagus. Dia jauh sket je dari Lee Gardens tu. Tapi masih dekat je tak sampai 20 minit pun. Dari Centara Festival Mall tu pun dalam tak lebih 10 minit. Nak ke Asian Night Bazar pun dekat je. 

Cik zira book bilik double sebab bilik yang best sume dah fully booked. Hotel ni taklah besar mana pun tapi cantik bertemakan village dan nampak privacy.


















Kitorang dapat tingkat atas sekali. Tingkat 6. Orang Malaysia ramai je check in dekat sini. Yang bestnya masa mandi kolam pun takde orang. Tenang je. 

Masa check in tu awal cuti sekolah, 21 Februari rate bilik RM240 satu malam tanpa breakfast. Kalau book dari Agoda.com dia tak kira untuk kids masa check in boleh bayar asing sorang kids 100baht. 

Tapi masih oklah untuk bilik dan hotel macam ni dengan rate tu tak dapat atau susah la nak dapat dekat Malaysia. 

Jadinya, kalau korang nak bercuti ke Hatyai tapi nak hotel yang tenang tenang jauh sket dari kesibukan kota Hatyai, boleh masukkan Monkham Village Hotel ni dalam list korang k❤️

Nak tengok video hotel ni, KLIK SINI tau😊

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails