SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 14, 2023

Bertam Cottage

cikzira terasa nak check in tapi taknak check in hotel sebab kalau check in hotel, ramai tu satu hal, satu hal lagi nak turun pergi pool jauh. Ibu kan malas🤣

Jadi, cikzira pun bawa khalisah dengan abdul khaliq check in dekat bertam cottage je. Comel kawasan kecik ada 10 bilik dan ada kolam. ada dapur boleh masak. Ada pentas. Kalau nak buat family day memang sesuai sangat. 

Cikzira book bilik standard ada katil queen harga 1 malam RM190. Yang bestnya buka je bilik terus kolam. Senang ibu boleh duk dalam bilik je. Kolam dia kolam biasa tapi bolehlah untuk budak budak kan nak mandi celup badan. 

Ni kitorang check Sabtu, 13 Mei 2023 tak ramai check in. Ada 5 bilik dari 10 bilik yang ada orang. Jadi dapatlah check in dengan tenang. Kolam pun tak bersesak. 

Sebab tu cikzira kadang-kadang suka cari tempat macam gini tenang je kalau rasa taknak check in hotel. Tempat macam ni pun best dah. Dalam bilik pun ada Smart tv boleh buka youtube netflix semua tu. 

Kalau dengan pekan bertam tu, 12-13 minit je perjalanan. Malam kitorang pergi dinner pastu tapau Mcd. 

Kalau korang nak book, boleh wasap sini : wasap.my/+60123463672

kalau nak buat family day ke family gathering ke sesuai sangat. Ada bilik yang ada dua katil double decker. Ada bilik igloo. 









Khalisah sewa basikal RM5 dia ronda dalam kampung. kalau korang nak buat BBQ pun boleh bawa bahan siap siap masak dekat sini.

siapa orang penang nak check in ramai-ramai boleh masukkan Bertam Cottage ni dalam list tau❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails