SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 17, 2023

Canning Dim Sum Penang

Tadi lunch repeat dekat Canning Dimsum Bayan Lepas. Rasanya ni kali keempat makan dekat sini. Kalau rasa nak makan ringan ringan yang tak penuh sangat perut tu nanti dan rasa tak heavy sangat, bolehlah makan dekat sini.

Tapi tak makan dimsum. Order noodles. Cikzira order 2 set dengan kopi ais dan 1 Ala carte. Kopi ais dia padu sedap tak manis tak pahit sangat tapi kaw! Wajib order yang set sebab memang pilih kopi ais.

Tadi makan dalam 2pm+ macam tu. Cikzira order:
🍜 Ipoh Special Wan Tan Mee Ala Carte RM10.90
🍜 Char Yee Mee Set + Kopi Ais RM17.90
🍜 Dried Yee Mee Set + Kopi Ais RM17.90






Masakan Chinese style ni dia kan tak heavy sangat rasa light light je nak kata terrrlampau sedap tu tak lah jugak tapi oklah nak makan ringan-ringan.

Char Yee Mee dengan Dried Yee Mee tu sedap jugak sebelum ni tak pernah order. Yang Ipoh Wan Tan Mee tu biasa-biasa je. 

Kalau korang nak makan selain dimsum, boleh lah try menu macam cikzira order tau. Kopi ais WAJIB!

Selamat mencuba korang❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails