SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 10, 2023

The Prestige Hotel

Assalamualaikum, post ni live tau. Masih di hotel ni masa tengah menaipšŸ¤­

Ok, kalini cikzira nak share review cik zira check in di The Prestige Hotel pulak eh. Hotel ni terletak di belah town dekat dengan terminal feri. Memang dekat sangatlah. Nak ke padang kota pun dekat. Dekat jugak dengan The Royale Chulan Hotel. 

Bilik cikzira amek ni namanya Originals Twin, kiranya bilik standard katil single ada 2. Takde breakfast, satu malam RM567+ skali charge semualah. Kalau nak tambah breakfast asing dewasa RM30+, kids RM17 macam tu. 

























Ikutkan cikzira dah lama jugak nak check in sini, tapi sebab tengok harga tu lah. Tapi sesekali kan nak merasa hotel yang harga kayangan jugak untuk bilik standard ni kita cubalah. 

The Prestige Hotel ni dia hotel mewah konsepnya. Dari lobi sampailah ke lif ke toilet dan ke bilik memang rasa macam orang ada-ada lah. Sebab detailings sume memang konsep mewah.

Cafe dekat bawah sebelah lobi nama The Glasshouse. Ada jugak San Francisco Coffee sebelah lobi jugak jadi kalau nak mengopi turun je lif tingkat bawah sekali takde masalah. 




Pool plak dekat tingkat 4 atas sekali satu level dengan gym lah macam biasa kan banyak hotel macam tu. Ada tempat nak OOTD port duduk-duduk cantik on the way nak ke pool tu. Pool dia kecik je tak besar. Untuk kids yang tak cukup tinggi kena pakai pelampung. 

Dari pool nampak pemandangan laut cantik sangat. 






Kesimpulannya, The Prestige Hotel ni hotel yang eksklusif dan boleh dikatakan salah satu hotel yang privasi jugak lah sebab tak bising sangat. Tenang je. Deko cantik dan banyak tempat cantik boleh amek gamba❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails