Kalini cikzira khalisah dengan abdul khaliq cuci gigi lepastu dua ketul tu masing-masing nak cabut gigi sorang sebatang. Dah goyang. Yang abdul khaliq sebab gigi baru pun dah tumbuh besar dah dekat belakang. Jadi memang kena cabut jugak gigi susu dia.
Ok ni cikzira list kan harga haritu kena bayar senang untuk korang buat rujukan atau survey untuk jumpa dentist terdekat kan.
🦷 ibu cuci gigi sahaja RM110
🦷 khalisah cuci RM70 dan cabut sebatang gigi + ubat kebas RM70 = RM140
🦷 abdul khaliq cuci RM60, tampal gigi lubang RM70 dengan cabut sebatang gigi dan bius RM70 = RM200
🦷TOTAL SEMUA RM450
Kalau takde cabut gigi memang buat cuci gigi Rutin setahun sekali tak sampailah harga macam ni. Ni sebab ada cabut gigi dan tampal gigi sekali kan.
kalau nak jimat, boleh je pergi klinik gigi kerajaan sana pun ok tapi sebab nak cepat book terus pi terus buat jadi kenalah harga standard macam ni.
Takpelah, setahun sekali jaga kesihatan gigi tu penting. Supaya gigi sihat kuat dan bersih. Betul kan?
Nak tengok video kitorang pergi Dentistree : KLIK SINI
No comments:
Post a Comment