SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 16, 2023

Makanan Indonesia di Daun Bakar Bayan Lepas

Tengah hari tadi cikzira, khalisah dengan abdul khaliq makan tengah hari di Daun Bakar yang terletak di Bayan Lepas. Dulu pernah lalu ingatkan kedai apa sebab nampak macam eksklusif sangat takut nak masuk. Rupanya kedai makan yang jual makanan makanan Indonesia. 

Kitorang sampai awal lah jugak dalam pukul 11 lebih macam tu. Customer kedua yang sampai. Jadi dapat makan dengan tenang tenang sebab tak ramai orang. 

Order 3 hidangan dan 1 air. Ni apa yang kitorang order:

Daun Bakar Sotong Petai RM13.90
Daun Bakar Iced Chocolate RM8.90
Daun Bakar Indo Mie Original RM9.10
Nasi Putih Ayam Goreng Garing Merah RM11.90

Khalisah kata nasi dia sedap licin dia makan. Sambal tu khalisah kata pedas tapi pada cikzira yang kuat pedas ni biasa biasa je pedasnya. Ayam goreng tu betul betul garing.

Portion nasi tu banyak untuk orang yang tak makan banyak. Untuk orang yang kuat makan macam cikzira dan khalisah, kitorang makan licin. 

Set nasi cikzira dibalut dalam daun pisang. Sotong tu jenis kecik kecik tapi banyak jugak sesuai dengan kuantiti nasi tu. Petai pun ok. Cuma sambal lah tak cukup sikit sebab cikzira kan suka sambal dan suka pedas. Nasib sambal khalisah tak habis, amek sambal dia pulak. Keropok pun sedap rangup.

Abdul khaliq punya macam biasalah, Indo Mie kan. Versi tak pedas tapi tepi ada bubuh timun tomato didadu kecik kecik dengan cili padi. Yang tu cikzira rembat kasi licin. 

Kesimpulannya, kalau nak cuba makanan indonesia bolehlah datang ke Daun Bakar ni. Rasa makanan Indonesia yang biasa kita makan tu. 

Kedai dan suasana : ⭐️⭐️⭐️⭐️ 4
Harga Makanan : ⭐️⭐️⭐️⭐️ 4
Portion Makanan : ⭐️⭐️⭐️⭐️ 4
Kesedapan : ⭐️⭐️⭐️ 3.5

Selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails