SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, July 19, 2023

Khengsom Der Penang

Khengsom Der ni cawangan pertama dekat Perlis. Yang dekat Penang ni cawangan kedua. Menyajikan pelbagai lauk Thailand di dalam sebuah restoran yang nampak eksklusif bukan macam kedai kedai tomyam biasa tu. Sebab tu harga pun harga standard restoran. Kedai Khengsom Der ni terletak di bangunan Royale Chulan Hotel. 

Cikzira makan 4 beranak tadi waktu maghrib. Jangan risau, kalau nak solat boleh jalan depan sket tumpang solat dekat surau Prestige Hotel.

Masa sampai dah ramai orang, nasib ada meja terus boleh duduk. Lepastu pun ramai masuk nak makan. Masa menunggu untuk makanan sampai tu adalah dalam 15-20 minit jugak. 

Ok ni apa yang cikzira order. Total semua termasuk 4 pinggan nasi putih, 2 teh ais dan 1 jus tembikai RM159.95.

Tomyam Ayam RM18.90 - 4⭐️ 
(kuah tomyam sedap, isi ayam banyak)

Cha Yen (teh ais) RM6 - 4⭐️
Jus Tembikai RM9.90 - 4.5⭐️

Sotong Goreng Garlic RM22.90 - 4⭐️

Sotong Steam Lemon RM28.90 - 4.5⭐️

Daging Dannok RM18.90 - 3⭐️
 (liat dan perapan tak berapa rasa sangat)

Isi Ikan 3 rasa RM25.90 - 3.5⭐️
(terlalu rasa sos)

Kesimpulannya: 
Kedai dan suasana : ⭐️⭐️⭐️⭐️ 4
Harga Makanan : ⭐️⭐️⭐️3
Portion Makanan : ⭐️⭐️⭐️⭐️ 4
Kesedapan : ⭐️⭐️⭐️ 3.5

Kalau korang nak rasa makan makanan Thai dalam restoran, bolehlah try makan dekat sini. Portion besar boleh ajak ramai-ramai makan kalau nak oder banyak lauk ok. Nasi dia sepinggan RM2 tapi banyak kalau jenis makan sket tu boleh share dua orang. 

LOKASI : 
Khengsom Der (bangunan Royale Chulan Hotel)
No 3, Pengkalan Weld
Georgetown


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails