SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 23, 2023

Saigon Bowl Sunway Carnival Mall

Sebelum ni ada la tengok sebab lalu lalang. Lepastu dapat HALAL macam nak cuba tapi disebabkan restorannya sebelah town, cikzira jadi malas sebab tak suka pergi town sebab susah parking. Boleh eh gitu😜

Lepastu dapat tahu buka dekat Sunway Carnival Mall. Memang tempat wajib pergi bila weekend. Last week cuba dulu sebab ingatkan ala apa yang bestnya dengan noodles Vietnam ni kan. Jadi cuba la dulu satu. 

Bila makan tu alamak aiii, sedaplah korang. Simple sup guna kuey teow halus, ada daging slice ada meatball daun ketumbar cili padi hiris dan nak pedas lagi buh cili blend dia kasi. Memang padu pergi dia. 

Tadi harini repeat makan lagi, khalisah dengan abdul khaliq pun order. Lepastu tambah order puding dengan kepak ayam dan kopi ais. Licin semua sekali jalan. Alhamdulillah kena dengan selera khalisah dengan abdul khaliq jugak siap dia kasi thumbs up tau👍 dia cakap nanti nak makan ni lagi☺️

Ok ini apa yang cik zira order:

Abdul Khaliq punya : Pho Chicken Combo
RM11.90

Vanilla Pudding with Palm Sugar RM4.90
Iced Vietnamese Coffee RM7.90

Fried Chicken Wing RM8.90

Total makan licin 3 beranak RM65.90

Ibu punya : Pho Beef Combo
RM15.90

Khalisah punya sama Pho Beef Combo
tapi mangkuk kedua ada less 50%
sampai hujung bulan ni je tau
Jadi harga cuma RM7.95

Kalau korang nak makan yang ringan santai korang wajib cuba lah noodles dekat Saigon Bowl ni. Sedap makan panas panas tu laju je hirup kuah sup dia yang sedap tu. Next time nak try noodles yang lain plak.

Kalau pergi Sunway Carnival Mall tak tahu nak makan apa, boleh turun Lower Ground cari Saigon Bowl dekat dengan escalator New Wing belakang the street churos.

Kitorang nak repeat lagi nanti❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails