SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 30, 2023

PG Premium BM Chinese Muslim Cuisine

Tengah hari tadi, cikzira bawa khalisah dan abdul khaliq late lunch dekat PG Premium Bukit Mertajam, kedai masakan cina Muslim.

Masa sampai tu kitorang customer yang pertama, takde orang lain lagi. Lepastu baru ramai datang. 

Makanan secara buffet boleh pilih harga RM29.90 untuk menu western + wok + kids meal sahaja. Kalau harga RM59.90 boleh pilih semua menu + dimsum + minuman. Untuk kanak-kanak, harga adalah separuh dari harga dewasa pilihan. 

Unlimited buffet tu maksudnya, kita boleh pilih apa-apa menu tu banyak dan banyak kali. Macam cikzira amek harga yang RM29.90 tu, cikzira order semua sekali 12 pinggan untuk kitorang 3 beranak. Tersilap tekan char kuey teow tu sampai 3 pinggan. 

Sementara tunggu makanan sampai, khalisah dengan abdul khaliq amek aiskrim kena add on RM1 untuk 1 scoop. Khalisah amek perisa vanila, abdul khaliq amek perisa coklat. 

Dekat bawah nanti cikzira share gamba makanan eh. Dekat setiap gamba nanti cikzira rate bintang berapa tau.

Pada cikzira kalau korang memang kaki makan dan boleh telan banyak-banyak berbaloilah. Tapi ada jugak menu yang takde. Macam lauk-lauk Ala carte tu tak pasti ada ke tak sebab tak tanya sebab masa masuk tu memang terus dimaklumkan ada buffet sahaja. 

Spaghetti Carbonara
⭐️⭐️⭐️⭐️


Spaghetti Aglio Olio
⭐️⭐️⭐️⭐️


French fries
⭐️⭐️⭐️⭐️

Penang char koay teow
⭐️⭐️⭐️


Seafood sar hor fun
ok sedap tapi kuah masin
⭐️⭐️⭐️⭐️

Prawn Mee 
⭐️⭐️⭐️

yang zhou fried rice
nasi keras
⭐️⭐️

chicken nuget
nuget yang mahal tempura tu
⭐️⭐️⭐️⭐️


Chicken sweet sour with rice
nasi keras, ayam sedap
⭐️⭐️⭐️⭐️

Kedai ok, comel bersih cantik, toilet pun cantik. Cuma kalau ramai customer, akan crowded jugak lah. Nasib kitorang sampai pertama sekali, jadi dapat makanan dulu sebab tengok orang-orang lepastu kena tunggu lama jugak nak dapat makanan. 

Alamat kedai : PG Premium (BM) Chinese Muslim Cuisine, 2806 Jln Kg Baru, Taman Kijang, Bukit Mertajam.

Ada lagi satu cawangan dekat belah Georgetown. Boleh waze je nak ke situ ok. 

Selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails