SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, August 3, 2023

Pipit Patisserie x Kabin Grill

Malam tadi sebab khalisah dengan abdul khaliq tak mengaji hari rabu, ibu bawa makan malam dekat je dengan rumah 5 minit je. Kitorang dinner dekat Pipit Patisserie x Kabin Grill. Lama dah duk perati dekat instagram duk lalu tapi baru malam tadi dapat duduk makan dekat situ.

Kedai dekat kawasan perumahan mahal-mahal tu, jadi cari parking kosong mana mana tepi jalan. 

Ada apa dekat sini?
☕️ kopi-kopi, minuman
🍰 ada kek-kek macam macam jenis
πŸ” burger
πŸ— chicken grill, chicken chop 
πŸ₯© lamb chop, lamb grill, steak

Kitorang keluar rumah lepas maghrib, sampai masa tu ada satu meja je customer jadi tenanglah tak ramai. Kawasan pun selesa dan santai je.

Ni apa yang cikzira oder:


Iced Caramel Macchiato RM13
portion gelas besar, sedap✅

chicken grill set RM22
homemade fries, carrot broccoli segar
ayam digrill elok, sos blackpepper pun sedap
simple, tapi approved✅

australian beef burger single patty RM18
simple burger jugak, cheese tu sedap
patty burger pun sedap, sekali homemade fries
approved jugak✅

iced chocolate RM10
gelas besar, khalisah approved✅


Kalau korang macam tak tahu nak makan apa, dekat mana, tapi nak mengopi nak makan manis manis kek, nak menu yang tak banyak sangat sampai pening nak pilih ke kan, meh datang makan dekat sini. 


Tengok, sampai licin tau kitorang 3 beranak makan. Selamat mencuba!

πŸ“Pipit Patisserie x Kabin Grill
355C, Lengkok Pemancar Gelugor

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails