SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, August 5, 2023

Asian's Bowl RnR Juru

sebab duk lalu lalang makan dekat Asian's Bowl RnR Juru, maka harini dating berdua dengan khalisah pergi makan sampai ke sini. 

Sampai tu dalam pukul 2 lebih dah sebab keluar lepas zohor. Jadinya, tak boleh add on dengan hanya tinggal set ayam dan set seafood je. Sebab banyak bahan dah habis. 

Konon baru nak merasa daging wagyu tapi takde plak, takpelah kita order je apa yang ada.

Mula-mula kena pilih nak kuah apa. Ada 4 pilihan kuah; kari, kimchi, tomyam dan sup biasa. Lepastu pilih jenis mee contoh macam maggie,bihun, glass noodle, kuey teow macam tu lah. 

Jadinya tadi, cikzira order:
🍜 Maggie kimchi + set ayam RM11.60
🍜 Maggie tomyam + set seafood RM13.60









Portion dia ok, buh dalam bowl yang pakai buang tu. Tak banyak tak sikit. Sesuai la nak makan perabih terus. 

Untuk sup kimchi tu ok cukup rasa cuma pada cikzira kalau lagi masam dan pedas lagi padu. Maggie yang digunakan tu jenis yang halus jadi sedaplah bila makan dengan sup tu. 

Bahan-bahan pulak banyak tak kedekut. Yang tomyam tu udang 2 ekor beso jugak. Sayur bebola sume puas hati la sesuai dengan harga. 

Kalau korang nak makan yang light-light santai bolehlah singgah RnR Juru arah selatan ni tau. Selain noodles ni, ada jugak set nasi ayam, nasi itik pun ada tau.

Selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails