SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, August 12, 2023

Ayam Gepuk Pak Raden Bayan Baru

Semalam makan lewat, kul 4 petang nak dekat kul 5 baru makan nasi. Sebab pagi sampai tengah hari kena sekolah sesi pagi. Sesi petang tutup sebab sekolah jadi pusat mengundi harini. 

Cikzira dengan khalisah try makan dekat Ayam Gepuk Pak Raden Bayan Baru yang kedai tepi jalan tu je. Park depan kedai sambil tengok kereta takut polis datang😅

Siapa yang nak makan nasi putih dengan sambal sambal makan dengan ayam goreng penyet sotong goreng penyet bolehlah try makan dekat sini.

Setiap hidangan tu ada sekali dengan timun, kobis, tempe dan keropok moni. 

Cikzira suka sambal yang level pedas pedas giler sebab dia kering dan rasa cili tu masa gigit. Kepedasan tu masih boleh cikzira makan☺️

Kat bawah ni apa yang cikzira dengan khalisah order:

Nasi Ayam Gepuk RM13
Level Sambal : pedas giler🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️
8.5/10


Nasi Sotong Gergasi RM17
sambal terlalu berminyak
tepung salut sotong masin sangat
7/10


📍Ayam Gepuk Pak Raden
60, Lorong Mahsuri 10
Bayan Baru

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails