Khalisah order baby pancake coklat ada 10 biji RM12. Mini croffle ada 2 bijik dengan coklat RM12.
Makan terus dalam kereta masa masih panas. Croffle tu tak berapa sangat rasa dia. Tak rasa croissant yang mahal. Rasa biasa je. Tu bila gigit tu tak rasa croffle yang padu. Rasa biasa-biasa je. Saiz pun kecik dan untuk harga macam gitu. Sebab dah selalu makan croffle dekat tempat lain, jadi untuk yang ni tak repeat dah.
Tapi, tapi yang baby pancake tu sedapp. Pancake dia lembut gebu makan panas sedap. Coklat pun bila panas-panas tu makan dengan pancake, fuh nikmat betul. Licin lah cikzira dengan khalisah makan. Nanti boleh repeat lagi pancake ni. Berbalou dengan harga.
Kedai dia kecik je sebelah dengan kedai jual baju, opposite dengan kedai bundle dan dekat dekat dengan kedai emas anuar perda tu. ada jugak jual Border's Tea pelbagai pilihan minuman saiz besar.
Jangan lupa singgah kalau gi Perda tau.
No comments:
Post a Comment