Masa sampai ada 1 meja je customer. Kitorang meja kedua. Terus order makanan dan air. Cepat sampai sebab semua makanan dah siap masak, cuma nak hidang sahaja. Cuma presentation tu simple, macam makan dekat gerai pulakπ
Ni apa cik zira dan khalisah order:
π Laksa Johor RM12.90 - khalisah request taknak sayur. Portion ok sesuai dengan harga. Khalisah kata sedap licin makan. Cikzira rasa kuah dia. Cikzira bagi 8/10.
π² Soto Bergedil RM9.90 - kuah soto ok berasa rempahnya. Isi nasi impit pun banyak. Bergedil besar jugak ada 2 bijik. Bahan lain pun ok, tak banyak sangat tak sikit sangat. Sambal kicap je tak pedas. Cikzira bagi 7/10.
π₯ Lempeng & Sambal RM6.90 - lempeng dua keping macam tak cukup masak sebab dia tebal dan lipat. Sambal ok sedap jugak. Ikan bilis goreng garing atas sambal tu bagi rasa sedap lagi dekat sambal. Sambal 8/10, lempeng 6/10.
π§ Milo Ais RM5.90 - khalisah kata ok
π§ Honey Lemon Ais RM5.90 - tak berapa nak padu
Untuk sarapan johor style dekat Meqrizq Republic Perda ni baru je beroperasi 2 minggu. Tu saja cikzira nak try. Menu yang lain-lain masih ada seperti biasa mula 12pm.
Cikzira dah try, korang pulak k☺️
No comments:
Post a Comment