SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, October 7, 2023

Dinner di Nasi Lemak Ciksue Penang

Rasanya ramai je dah tahu atau pernah dengar nama Nasi Lemak Ciksue Penang ni. Sebelum ni memang buka untuk sarapan je tapi sekarang dah ada dinner jugak. Nasi lemak ada waktu sarapan dan jugak dinner sebab memang special kan tengok nama kedai pun dah tahu.

Nasi Lemak Ciksue ni dekat Jalan Dato Kramat tau. Sebelum IPD tu. 

Cikzira dengan khalisah nak makan pasta taknak makan nasi. Jadi oderlah pasta. Air sampai cepat. Untuk pasta tu kena menunggula jugak. 








Nescafe Ais dengan Teh Ais sedap. 

Untuk pasta, khalisah order seafood aglio olio harga RM20. portion ok untuk sorang makan. Rasa spageti pun sedap. Ada udang seekor besar tapak tangan lepastu ada lala dan kupang.

Untuk cikzira oder creamy tomyam pasta. Harga RM15. Rasa tu ok dah, tapi jadi lambat nak habiskan sebab rasa muak dia berlemak sangat. Kalau kurang kan creamy tu atau buat style kering mesti lagi padu. 

Macam macam menu makanan ada untuk dinner. Kalau mai penang tu, boleh lah try makan dekat Nasi Lemak Ciksue Penang☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails