SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 5, 2010

rasa.hati

Lokasi : Taman Merdeka, Johor Bahru
Masa : Sekitar Tahun 2009



entry ini ditaip di kala jam menunjukkan waktu 12.07 pagi di hari selasa 5 januari 2010
ditaip di kala mata sudah mengantuk tetapi nafsu dan hati masih mampu dan masih mahu mencoretkan sesuatu buat si blog tersayang
dan buat si pembaca yang disayangi


maka sebab itulah, gamba di atas menjadi penyeri entry ini
dan maaflah jikalau banyak kali menayang dan menempek gamba berpakaian dress kesayangan itu sebab time tuh jela satu2nya photoshoot yang ade yang sempurna hendak ditayang2
yang len2, hanya bergambar biasa
takpe kan?


gamba itu mungkinkah memberi petanda cik zira menantikan seseorang bagi mengisi kekosongan petak di sebelahnya itu?


atau mungkin kah gamba itu menunjukkan keriangan hati cik zira membuktikan sesungguhnya hidup seorang single ini amat indah sekali?
biar pon tiada berteman? biarpon tiada berdua walaupon org kata berdua itu lebih baik?


ternyata, kemungkinan yang kedua itulah yang cik zira ingin korang semua tahu,
bersendiri bagi cik zira adalah lebih baik


wah, tetibe plak kan,,
dah lama tak bercerita tentang hati dan perasaan


buat yang baru nak folo dan membaca blog merah cik zira ni dan buat yang masih belum tahu
ingin kukabarkan sekali lagi,,
bahawasanya, cik zira atau nama sebenar beliau Hazirah binti Abdul Rahman, berusia 23 tahun dan bakal masuk alam 24 tahun Mac nanti,,
beliau ini, tidak pernah mempunyai teman lelaki ye
beliau juga tidak pernah merasai apa itu cinta


tidak percaya?
sila percaya


ini kenyataan
bukan cubaan


jujur sejujurnya, cik zira akui, menjadi seorang yang single adalah tenang dan lebih seronok
walaupon cik zira suka tgk pasangan bercinta yang bahagia, lagi2 sehingga sah menjadi suami isteri, tidak terlintas sedikit pon, mahu menjadi seperti itu
tetapi seronok melihat mereka2 yang bercinta bahagia,,


ramai yang berkata, "takpelah, jodoh tak sampai lagi,,"
ada juga yang berkata, "mungkin zira tak jumpa lagi yang betul2 sesuai"
dan ini juga yang mereka katakan, "memilih sangat la tu kot"


ouh, tidak, tidak sama sekali
tidak sesekali pon mahu memilih sesiapa kerana cik zira berkawan hanya dengan satu niat sahaja
berkawan untuk menjadi seorang kawan dan tidak lebih dari itu
dan tidak melebihi batasan seorang kawan
maknanya, jika berkawan, anggap seperti kawan, dan sila jangan anggap lebih daripada itu kerana pada cik zira itu dan melanggar niat persahabatan itu sendiri


ye, benar, cik zira akui, hati dan perasaan tidak boleh diduga
dari persahabatan akan lahir rasa sayang, akan lahir rasa suka
tp, tolonglah faham, hati cik zira bukan seperti hati orang lain yang ingin mempunyai seseorang
hati cik zira bahagia bersendiri
bersama chenta2 hati, keluarga tersayang dan teman2 di sisi
itu sudah cukup memadai


buat mereka yang faham
buat mereka yang mengenali
buat mereka yang pernah menjadi teman cik zira
mereka faham siapa cik zira


dan kata2 cik zira lahir dari hati
harap mereka faham,,


harap maaf, entry seperti ini terkeluar di blog ini
kerana kadang2 perasaan ingin meluahkan terjadi
dan ini terjadi dalam entry kali ini
sesekali mahu berkongsi ape yang dirasai


yela, mungkin ada yang tertanya2, sudah ade pakwe kah belum dia ni?
kenapa tidak pernah berbicara pasal kisah cinta melainkan chenta2 hati sahaja?
atau mungkinkah cik zira tidak mahu berkongsi kisah kasih sayang dia bersama di blog ini?


jawapan nya satu sahaja
cik zira single


tiada pakwe
tiada kisah kasih sayang
tiada teman bernama kekasih


itu sudah jelas bukan?


biarlah blog merah ini tiada kisah cinta melainkan cinta tuan empunya belog ini kepada chenta2 hati nya
jikalau anda ingin membaca kisah cinta romantis, pasti ramai bloggers yang sudi berkongsi kisah
namun, tidak dan bukan di blog ini
blog ini hanya berkongsi cerita cik zira sehari2
bisnes tudung dan lain2 lagi
dan macam2 lagi yang berkaitan tidak banyak pasti sedikit tentang diri cik zira sendiri


korang suka, korang bacela
korang tak suka, cik zira tak paksa pon baca


harapan nya, semuanya jelas
seperti gambar di atas itu, ingin menyatakan ketenangan hati insan bernama Hazirah Abdul Rahman ini yang sehingga kini berjaya mempertahankan niat hati yang hanya dia sendiri yang tahu apa yang dia mahukan dalam hidupnya


biarlah ape orang nak kata
pedulikan
biarlah ape orang nak ucapkan
pedulikan


yang penting
keluarga dan kawan2 yang mengenali cik zira kenal siapa cik zira


single kah beliau, tidak ade pakwe kah beliau, tidak laku kah beliau, tidak ade sape yang mahu pada beliau kah, itu sume ditolak tepi dan tidak dihiraukan sama sekali oleh cik zira
yang penting doa selalu dipanjatkan supaya Allah mendengar hasrat hati cik zira dan semoga yang terbaik sentiasa bersama cik zira
biarpon perlu bersendiri begini
hanya syukur dipanjatkan sekiranya doa dimakbulkan,,


untuk kesekian kalinya
ingin cik zira memberitahu
cik zira single, tiada sesiapa yang berhak ke atas diri ini melainkan Allah
melainkan keluarga tersayang
tiada lebih dari itu


dan dengan kelebihan itu, cik zira berhak berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa perlu menjaga hati dan perasaan sesiapa dan sememangnya cik zira suka berkawan dengan sesiapa sahaja


senang cakap lah, sebagai kesimpulannya
cik zira bukan seorang yang mahukan komitmen
hanya komitmen kepada diri sendiri, berhak untuk diri sendiri
bukan org lain yang org gelar kekasih hati


oh, tidak sama sekali
harap pendirian ini kekal


AMIN




p/s maaf sekali lagi jika entry ini tidak menyenangkan sesiapa yang membaca
hanya mahu berkongsi rasa hati di kala sepatutnya cik zira melelapkan mata
lepas siap entry, mahu tutup laptop dan tdo dengan nyenyaknya,,




update 25/07/2010 ~~ syukur Allah telah memberikan seseorang kepada cik zira, syukur ya Allah,,






~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 5 januari 2010 12.35 a.m.

5 comments:

Qarl said...

Akak

qarl da reply psl pertanyaan qarl

dlm blog qarl

dlm entry tu huhu

noorafzan.blogspot.com said...

tunggu orang masuk meminang je..

Hazzy Ishak said...

nama kita serupa lah...hehe

~ As ~ said...

luahan hati ke ni??? pjgnyer...tak pe, org kata berkasih biar 1 berkawan biar beribu...byk kali bercinta tp putus pun tak baik jg.. kan??? biar lah sekali bercinta terus kawin..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

qarl ~ ok qarl,,kt terjah!


afzan ~ tanak tunggu pon,,hoho


hazzy ~ ye nama sama,,=)


kak as ~ agak2 la kak, kalo tak bercinta sampai bila2 orait tak??,,=p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails