SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 7, 2010

Tips : Sihat gaya cik zira


assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca yang sangat cik zira hormati
kita kembali lagi dalam segmen tips daripada cik zira sendiri dan bukanlah meniru sesiapa k,,
dah nama pon ini blog cik zira, sume tips2 adalah dari cik zira okeh,,


dan tips ini, mungkin dah penah dibagitahu, tp untuk tahun baru ini, ape salah kan, berkongsi tips sekali lagi? mmg tak salah
mana tahu menjadi sumber inspirasi ke buat sesiapa kan? hehe


tips ape yang cik zira nak bagi ea?
nak kata tips kurus adalah sangat tidak sesuai sbb bukannya cik zira kurus sangat pon, tang lengan, kaki sume masih gabak2 lagila,,


maka, bolehla cik zira kabarkan di sini buat semua terutama si gadis2, ini adalah tips menurunkan berat badan cara sihat gaya cik zira ye..


tak payah melalut bagai, terus sahaja perhatikan tips berikut :

  1. korang kena ada semangat, azam dan tekad! sebab bila korang kata korang nak kurus la, nak turunkan berat badanla, tp hanya berkata2, hanya berangan tp takde pape tindakan jek, adohai, macam mana kan? sebab tuh kena ada semangat nak kurus, kena ada azam nak turunkan berat badan, dan lepas tuh, korang kena bertekad bertindak untuk merealisasikan semangat dan azam korang tuh,, step 1 ni adalah sangat2 penting ye!
  2. macam yang sume dah tahu, minum air masak adalah sangat membantu k,, ramai dah nasihatkan cik zira minum air masak sbb dulu, takla berapa dulu, cik zira mmg payah, mmg tak minum lah air masak, tp setelah ada kesedaran sivik sendiri, cik zira dah pandai minum air masak, dah suka sangat minum air masak, sehari dah boleh dapat 3 liter. Yay! dan dengan ini juga, cik zira dah dapat elakkan minum air manis tau,, berjaya! hoyeh!
  3. kurangkan amek nasi putih, nak makan nasi yang bagus adalah beras perang tuh tp mahal, jadi korang leh kurangkan nasi yg korang amek,, macam cik zira, sebolehnya cik zira akan elak makan nasi, sekurang2nya seminggu sekali, ratah lauk jela, tp sket jek, jangan banyak2 k, kata nak kurangkan berat, sumenye kena kurang la tau,, elakkan makan ayam dan daging, lebihkan pengambilan sayuran dan ikan k
  4. banyakkan amek sayuran dan buah2an,, sayur adalah sangat sedap, cik zira kalo amek sayur, penuh satu pinggan tau
  5. elakkan atau kurangkan makanan bergoreng dan yang banyak minyak
  6. bagi menggantikan nasi, cik zira amek bihun,, selalunya bihun sup la yang terbaik, sup yang direbus tak guna minyak utk menumis k,,
  7. sarapan yang simple dan sedap,, makan cereal dengan susu rendah lemak
  8. makan yogurt yang rendah lemak pon ok jugak, tak pon jus buah yang takde gula tuh
  9. jangan sampai berlapar dan tak makan tau, makan jek bila korang lapa, jangan tinggalkan waktu makan, sarapan-lunch-minum petang-makan malam-supper, nak supper pon boleh, tp amek buah ke sayur ke, benda2 yang sihat k
  10. elakkan makan fast food, cik zira kan hantu fast food jugak, tp sejak bertekad ni, mmg jarang sangat makan, makan pon dalam sminggu sekali ke, 2 minggu sekali ke,, kawal nafsu kamo ye!
  11. kalo lapo2 tuh, nak kunyah pape ke, makanlah biskut k, cik zira suka makan biskut tiger,,hehe
  12. kalo ada masa, korang cubalah joging ke, berjalan jauh sket ke, ini mmg sihat tp ni cik zira tak wat sbb cik zira malas,,hehe,, korang rajin, sila buat!
  13. elak la makan makanan berat lepas kul 7 malam, nak makan, makan sebelum tuh, petang2 nak ke maghrib tu
  14. coklat, ais krim, jajan, sume tuh cik zira dah berjaya kurangkan, benda2 ni mmg sume nikmat, tapi TEKAD!
  15. senang cakap, korang kena kawal nafsu makan korang yang tinggi menggunung tuh, nak makan boleh, tapi kawal k, kurangkan, lama2 boleh biasakan, pelan2la, jangan drastik sangat, cik zira tak kata tak payah makan k, boleh makan tp kurangkan
  16. pastu, selalu2lah timbang berat badan korang, macam cik zira la, pantang nampak penimbang kat mana2, mesti nak timbang, sebab bila korang sentiasa update berat badan korang, bila dah naik sket, korang akan usahakan untuk turunkan balik berat tuh, ini penting tau, kalo korang taknak timbang berat, macam mana korang nak tahu berat korang dah turun ke tak kan,, ini tips paling cik zira suka
  17. lepas tuh, kena ada sumber inspirasi la, contohnya, tanya pada diri korang, kenapa korang nak kurus/turunkan berat badan? macam cik zira sendiri, cik zira nekad nak turunkan berat badan sbb utk badan sihat, senang nak beli baju & seluar, lebih yakin, nampak lebih cun,,haha,, dan banyak lagilah sebab cik zira nak turunkan berat badan, tanaklah makan makan makan tanpa henti pastu badan macam belon,, takmo!
  18. dan, jangan pedulikan kata2 kawan2 yang nganjeng2 tuh, "eh, tak makan nasi ke? diet ke?" pedulikan, yang penting korang kena TEKAD! jangan tergoda dengan makanan2 sedap, kawal nafsu, jangan hirau kata2 orang lain sbb yang nak turunkan berat adalah korang sendiri, tak payah dengo kata2 kawan2 tuh, sbb yang cakap2 tuh dorang dah kurus, bolehla cakap, takpon yang cakap tuh, badan dorang 'sihat' dan dorang tanak kurus,, jadi, badan korang, korang punya suka
  19. usaha tangga kejayaan, jangan cepat putus asa - bila dah berjaya turunkan berat badan, reward lah diri korang makan makanan sedap, at least takdelah kempunan kan, lepas tuh maintainkan balik berat tuh, nak maintainlah yang cik zira payah nak wat, nak naik tuh senang, nak turun susah yang amat
  20. bila kawan2 dah tego cik zira dah kurus, rasa hati tuh senang jek mendengar nya, sbb tuh kena teruskan amal gaya hidup dan pemakanan yang sihat

rasanya, cukupla kan 20 tips tuh,,
kalo korang betul2 nak kurus, ataupon turunkan berat badan tuh, silalah ikut dan silalah ikut hati tuh, cekal sket, janganlah semangat sehari dua hari jek, lepas tuh putus asa dah, nak kurus mana leh sehari dua hari kan,,


senaman adalah paling penting, lagi badan sihat dan turun dengan cepat, bak kata chenta hati 2, "pompuan ni nak kurus senang jek, senam dan kurangkan makan"


dan cik zira dah mulakan kempen menurunkan berat badan ni sejak beberapa bulan yang lepas, tak ingat bape bulan
dan daripada berat mencecah 67kg, cik zira pernah turunkan sampai 54.5 kg tp skang maintain 55-56 kg,,
alhamdulillah,,
mungkin pada sesetengah org dan pada cik zira sendiri, tak nampak sangat perubahannya
tp org2 sekeliling dah tego nampak kurus, maknanya usaha tuh berjaya
tp jangan suka sangat, masih kena kekalkan gaya sihat ni,,


mesti ada ingat cik zira borak kosong kan,,
nak bukti?
mari tgk gamba di bawah


ha, gamba baju hitam tuh berat 67 kg, gamba baju merah tuh, awal sem lepas, takde gamba lattest la, tp korang nampak kan perbezaan?
korang nak jadi macam cik zira?
takdelah kurus selim melim, tapi bolehla kan?


gamba ni plak, muka, macam sama jek kan?
ttp tembam la,, cane tuh ek? hehe


satu gamba masa kat UUM sem bape ntah, dah lama jugak, masa tuh badan mmg stil belon, dan yang terbaru masa cuti hari tuh,,



cik zira harap sangat2, tips gaya sihat cik zira ni memberi inspirasi dan semangat utk korang laksanakan AZAM dan TEKAD korang
cik zira support korang dari jauh


betul tau korang, korang akan rasa sedikit bangga dengan pencapaian diri sendiri bila org2 sekeliling sudah tego korang kurus
percayalah!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 1 januari 2010 8.50 a.m.

10 comments:

::FAIZ:: said...

boleh jadi Model slim world ni... hehehhee

Sharinginfoz said...

alamak kurangkan nasi putih... nampaknya kena ambik nasi bercolou2 le nanti ya....

Thanks My Followers

Dengar le Muzik

Elya Roza said...

sis.....cantekkk....
sy setuju dgn tips2 awk tuuu!!!~ :D

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

faiz ~ ye ke,dorang nak ke amek kt,,hehe


sharininfoz ~ haah, amekla nasi kerabu ke, nasi minyak ke,,ngee


elya ~ setuju ye,,good2,,=)

Anonymous said...

zira, wani stuju sgt psal jgn peduli ckp org psal kita nak diet. ada kwn wani tu siap ckp lg, asyik2 nak diet.skit hati dgr. bdn kita,kita punya psal la kan cik zira

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

betul
kt kadang2 pekak kan tinge jek bila member2 cam dengki jek kt nak diet,,
mmgla bukan serta merta kurus tp tu la,,kena pelan2,,=)

Atiqah Adnan said...

boleh kurus eak kalau kurangkan makan.. cik zira hanya kurangkan makan dan tak buat senaman tapi boleh kurus..? OMG bagusnye..

macam qah da tak makan nasi n kurangkan fast food.. tapi tak turun pun..? tapi bila tak makan langsung just minum air je tambah dengan senaman hari-hari baru laa nampak kurus...caner tuh?

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

itulah, lain orang lain cara kot kak tiqa sebab ada orang kena senam kurus cepat, kita sebab tak senam, tu amek masa dalam setahun gak nak turun betul2, kalau senam lagi cepat nampak plus kawal makanan,,


tapi senam memang cara terbaik lah


ikut badan masing-masing rasanya kan,,


macam nabila anak amy search tuh, dia kan kata dia tak makan nasi sebulan, dari 56 kg dapat turun 49 kg,, bes kan, sebulan jek,,



ikut orang jugak rasanya,, =)

Atiqah Adnan said...

tulaa tengok cik zira turun betul berat badan.. tak suke laa peha dah besar pakai seluar nampak ketat je.. alahai.. nak senaman memang susah dah sekarang.. tatau da caner nak kurus.. makan memang dah kurang daa..

hiiiss kenalah senaman semula sikit pun jadilaaa...

btw thanks eak

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

memang turun betul kak tiqa tapi amek masa lama nak dapat berat macam ni,,

haah, kita pun masalah tang peha,,besar tau,, susah nak turun,,


orite, thanx jugak,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails