SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 18, 2010

perasaan bercampur baur




tak lama lagi jek dah nak keje, sebagai seorang guru bahasa inggeris di sekolah rendah
insya Allah, tidak lama lagi sahaja
takut tuh terasa sebab dah 6 tahun belajar, inilah saatnya mempraktikkan segala yang dipelajari dan cuba untuk menjadi seorang cikgu yang baik yang dapat mendidik anak-anak murid dengan baik dan disukai oleh mereka




takut pon ada tapi rasa tak sabar pon ada juga
yelah, pertamanya nak tahu dapat posting kat mana, dapat sekolah mana
lepas tuh keadaan sekolah tuh macam mana, guru-guru dia, pelajar nya
semua sekali lah, dan berharap sangat tidak dapat sekolah seperti sekolah praktikal beberapa bulan lepas, sungguh hazab sekali, tak mahu bersekolah di sekolah seperti itu
mohon sangat




kadang-kadang dalam waktu sekarang ni, selalu terfikir
macam mana lah kehidupan bekerja kan, mesti sibuk
dahlah kat tempat dan suasana yang baru
dan kalau keinginan cik zira nak ke sabah termakbul, duduklah di tempat orang yang tiada sedara mara di situ
takut memang takut, tapi semua tuh mengajar dan bakal mendapat pengalaman baru yang lebih luas, macam-macam boleh dipelajari




nanti nak dekat posting, mesti kena beli beberapa peralatan baru dan kasut mengajar yang baru yang selesa ikut mana sekolah yang dapat nanti
dan kalau dapat sekolah di pedalaman, alamatnya takleh nak bergaya atau cantik-cantik sangat
bersederhanalah sahaja walaupon hakikatnya nak sangat jadi cikgu yang cantik yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar sebab dulu-dulu suka tgk cikgu cantik dan suka dengan subjek yang cikgu cantik ajar, sebab tuh nak cuba jadi macam itu juga kalau boleh




tapi, nampak gayanya, tiada baju barulah untuk kerja nanti
kena beli kasut baru jelah dulu, sebab kasut yang ada semuanya merah,, hee
baju pon sume yang ada masih elok lagi, boleh dipakai lagi
nanti dapat gajilah boleh sopin baju kerja yang baru-baru, insya Allah




macam-macam perasaan yang dapat digambarkan bila fikir nak masuk ke alam pekerjaan ni
yelah, alam belajar selama 6 tahun dah pun berlalu
sekarang kena sediakan segalanya supaya bersedia untuk bergelar seorang cikgu dan mengajar dengan baik hendaknya, insya Allah




dan nanti kalau dapat posting di tempat yang masih boleh berinternet, blog cik zira pasti akan lebih banyak dengan kisah-kisah seharian sebagai seorang guru baru
nak kongsi pengalaman baru bersama semua, boleh kan?
yelah, orang kata pengalaman yang manis eloklah dikongsi bersama manakala pengalaman pahit dikongsi untuk dijadikan teladan




rumours mengatakan, ktrg boleh cek di portal penempatan ktrg pada 19 julai, iaitu hari isnin ni
tapi tak tahulah sama ada betul atau tidak
dan katanya lagi 2 ogos tuh dah mula start kerja, entah betul atau tidak
wallahualam,, tgk jelah nanti macam mana
tapi ape pon, cik zira pasti berkongsi dan bercerita dengan semua pembaca blog tersayang ni
berkongsi perjalanan kehidupan yang baru sebagai seorang pendidik, kerjaya yang insya Allah memberikan pulangan lumayan di sana kelak jika ikhlas dan betul-betul ingin mendidik anak bangsa,, insya Allah




doakan yang terbaik ye untuk cik zira ^____^
terima kasih semuanya,,






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 17 julai 2010 5.05 p.m.

4 comments:

Anonymous said...

dh tau posting nanti crita tau proses nak mdftar..nak tau gak..turn wani posting..hjg thn ni..insyaallah..
kissm aritu lulus x?dah interview sah jwtan x ms aritu?

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

okeh, pape hal t kt cite kat blog ni ye,,


nak tahu lulus ke tak memang lambat kissm ni, tak payah tunggu la,,
interview sume lambat lagi,,
ikut course lah cane,,
ktrg takde interview lagi,,

Lyaa Suriany said...

lya sentiasa doakan yg terbaik tuk sis
mnx2 sis xdpt pedalaman
nak sis sentiasa update blog ni
n jd cikgu yg cntik..

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

insya Allah lya
thanx tau,,
suka sangat lya cakap macam tuh
insya Allah, kt akan sentiasa update blog dan jadi cikgu yang cantik,,=D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails