SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, July 21, 2010

perihal kasut MERAH


perempuan memang tidak dapat lari daripada mencintai kasut
sebab cinta lah asal pandang kedai kasut nak masuk, asal pandang kasut cantik berkenan di hati nak beli, asal ada jualan murah sampai 50% di mana-mana kedai kasut macam orang gila nak beli sampai berpasang-pasang kasut sebab fikir memang murah sangat dan takkan dapat di lain kali dan di lain hari




************************************************************



itu alkisah perempuan dan kasut
cik zira juga perempuan dan cik zira juga faham semua situasi yang disebutkan
dahulu memang begitu
suka sangat membeli dan mengumpul kasut dengan pelbagai rupa
sampaikan penuh tak muat nak letak kat mana
tapi dulu men beli jek kasut tak kisah jenama asal murah dan cantik sebab masa tuh kaki sangat baik, tak mudah sakit pakailah kasut apa sekali pon




tapi sejak bila ntah, kaki mula cepat sensitif
tak boleh pakai kasut yang keras dan tidak selesa
kalau beli jugak memang cari nahas, pakai sekali terus takkan pakai sampai bila-bila dah
maka, akan shopping kasut yang betul-betul selesa dan cantik dan sedap dipakai
dan selalunya jenama itu memang penting untuk keselesaan, tapi takdelah jenama yang mahal-mahal, yang termampu dimiliki sahaja




pernah cik zira cerita cik zira mengemas sume kasut yang tanak pakai
punyalah banyak
sumenye dibagi orang, elok-elok dan cantik-cantik lagi sumenye
sayang sebab dah tanak pakai da, bagilah kat orang




dan sekarang, walaupon koleksi tidak sebanyak dan segunung dulu, tp masih ada koleksi cantik yang disimpan dengan elok dan sumenye boleh dipakai




wedges, heels, flat shoes, court shoes, sume ada
sumenye selesa dipakai dan betul-betul jaga dengan baik sebab koleksi yang ada sekarang memang sedap dipakai dan cantik, sebab tuh berkenan dan beli




berbalik kepada tajuk sebenar
takut menyimpang dari tajuk makin jauh,,huhu




ini kisah atau perihal kasut MERAH
macam dalam gambar di bawah ini
ada 4 pasang yang sumenye berkaler MERAH warna kecintaan cik zira







perihal kasut MERAH 1






sangat suka kasut merah ni sebab dia sangat selesa dan memang simple tapi cantik
jenama carlo rino, masa beli tuh dia 70%, terus rembat bila ada size 7
harga tak silap RM20++ jek
beli dan pakai pergi kelas tak kira baju warna apa men bedal jek dengan kasut merah ni
sampailah satu saat kasut merah ni dah uzur dan tak dapat diselamatkan lagi
syahdu memang syahdu, tapi nak buat macam mana, kalau repair pon ttp nampak uzur
sayang sebenarnya nak lepaskan kasut ni sebab dia sangat- sangat best (bukan satu tau sangat tuh, berganda membawa maksud memang best sangatlah!)
dan sekarang, kasut ini telah selamat bersemadi,, =(




perihal kasut MERAH 2





ini pon kasut merah kesayangan
masa kasut yang tadi tuh cik zira pakai, kasut yang ni simpan jek dalam kotak sebab sayang nak pakai, dia nampak lagi eksklusif sketlah dari yang tadi
yelah, harga pon RM60++ tau, kira mahal lah tuh untuk nak pakai gi kelas berlasak hari-hari, sebab sayang, duk jela dalam kotak diam-diam
tapi, bila kasut tadi tuh dah uzur dan tak dapat diselamatkan lagi, barulah amek kasut yang ini dari dalam kotak dan pakai dengan berhati-hati
kasut ini juga selesa dan sama jenama carlo rino
bawa pakai gi praktikal jugak
orang pakai kasut hitam cik zira bedal kasut merah, lantaklah,, hee





perihal kasut MERAH 3






ini kasut kesayangan jugak
memang masa nampak terus berkenan, terus try
dah try berkenan terus rembat
ada warna hitam jugak tp tetap nak warna MERAH sebab merah cantik
sekali beli 3 pasang warna MERAH tuh bersama 2 kasut yang telah disebutkan di atas
sandal ni memang sangat suka dan beli terus pakai jalan-jalan, selesa dan sangat suka
antara sandal cantik yang memang sangat suka dan sangat berkenan





perihal kasut MERAH 4





kasut corak-corak abstrak sangat cantik warna merah ni pon kesukaan cik zira
memang unik sebab bentuk yang cantik nampakkan kaki seksi bila pakai dan ada jerut hitam plak di bahagian atas
memang sangat berkenan dan try-try terus beli, masa tuh tak silap 50%, dekat kedai mixit
tak ingat harga dia bape, tp nak pakai kasut ni susah sket sebab dia jenis tinggi kan
pakai bape kali jek, rasa nak cabut jek yang tinggi dia tuh tp kang nampak tak elok plak
tp memang suka, takpe, nanti agak-agak nak pakai lagi, bawu pakai





itu jela kot pembebelan perihal kasut-kasut MERAH kepunyaan cik zira
padahal kasut len pon ada jugak, nak jugak cite pasal kasut MERAH sahaja, manalah kasut-kasut yang lain tak jeles merajuk
eh, janganlah merajuk, kasut lain pon cik zira sayang jugak
tapi opkoslah MERAH lebih sket sayang sebab warna kecintaan
jangan marah ha






~sekian~




k,adios!!! by : ierarahman selasa 20 julai 2010 11.30 p.m.

2 comments:

eriqueetiqaz said...

Perempuan dan kasut memang xdpt di pisahkan...Puas ht kn dpt kumpul kasut :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haah, tapi itu kisah dolu-dolu, sekarang dah tak kumpul kasut dah,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails