ni cerita jumaat yang lepas
cik zira telah sampai di Kelantan pada khamis malam
berehat dahulu di Kota Bharu
esoknya, Jumaat, lepas check out, dalam kul 12 lebih bergerak ke Kuala Krai, sempat singgah di Mc Donalds drive tru, khalis beli mc chicken set
sampai di rumah Norish di kuarters meteorologi dalam pukul 1 lebih cenggitu
tu pun agak sesat sekejap sebab tak nampak tanda
ramai juga jemputan yang datang
sedara mara norish dan juga rakan taulan suami norish
tak ketinggalan rakan-rakan norish ini yang memang pantang disua kamera,,hee
sampai-sampai rumah norish, dia duk berkain batik mengangkat barang ke sana sini
kesian dia, sibuk sangat sebab suami dia tak balik keje lagi
rumah norish dan suami ni, kuarters kerajaan
sangat besar okeh, sungguh seronok membayangkan kalau jadi cikgu nanti dapat kuarters sebesar ini
halaman yang luas, belakang rumah jek nampak kehijauan yang mendamaikan
bangun pagi tgk hijau-hijau, segar mata memandang
rumah 3 bilik dengan master bedroom yang sangat luas dan bes, dan 3 bilik air
memang selesa sangatlah nak duduk berdua dan bila sedara mara datang bertandang
bab makanan plak, mak norish masak sendiri dan dibawa dari rumah dorang di Machang
sedap mak dia masak
nasi putih, ayam goreng berempah, gulai daging, sayur dan macam-macam lagi
masakan kampung orang kelantan kan
tapi, disebabkan cik zira tak bape nak lapa, makan sedikit sahaja memadai untuk mengisi perut untuk perjalanan ke Pendang pula
ktrg berborak riang, bergambar bersama Kak Norish
yelah, lepas ni bukan senang nak jumpa
Kak Norish pun rasa-rasa tuh cepat kot mengandung, hari tuh dah usik dia sebab tgk perut dia macam dah berisi, dia pon risau sebab tak 'cuti' lagi
cik zira doakan yang terbaik utk Kak Norish
Kak Norish ni teman secohort cik zira
dia tua setahun dari ktrg, umo dia 25 tahun
telah berkahwin dengan suami tercinta sebaik sahaja tamat peperiksaan tempoh hari iaitu pada bulan Mei yang lepas kalau tak silapnya
dan kenduri ni adalah kenduri kesyukuran sebab masa nikah hari tuh hanya nikah sahaja
suami kak norish namanya Mohd Zaidi, umo dia 36 tahun, beza 11 tahun dengan Norish
cik zira nak amek kesempatan, nak ucapkan semoga berbahagia selamanya buat Kak Norish dan suaminya, semoga berkekalan sampai akhir hayat
dah mengandung nanti, roger-roger lah, mesti seronok jadi baby cohort yang pertama,,hee
lepas makan dan bergambar bersama, cik zira dan khalis berangkat ke Kedah dalam pukul 4 lebih, ja dan dilla ikut bersama
dan ucapkan selamat tinggal kepada Kelantan kerana harus ke Kedah pula,,
sangat seronok bila lagi seorang teman menempuh kebahagiaan menjadi isteri orang, dan seronok juga dapat berkumpul bersama rakan-rakan tersayang,, ^___^
No comments:
Post a Comment