SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 18, 2010

Teater Rumah Warisan by Produksi PMR Sekolah Seni JB





sabtu malam hari tuh, BFF ajak tgk performance budak2 skola dia kat IPTI
memang suka sangat sbb memang suka teater seni2 cam tuh
lagipon tahu sebab budak-budak sekolah seni ni sumenye memang berbakat besar




fyi, sekolah seni kat Malaysia ni ada 2 sahaja, 1 di JB dan satu lagi di sabah, ini informasi dari BFF
jadi, hanya budak-budak yang terpilih sahaja akan masuk sekolah seni, maksudnya hanya yang berbakat sahaja layak
yelah, macam sekolah sukan, ada bape jek kan kat Malaysia ni




masuk jek kat lobi bangunan pentadbiran IPTI tuh tgk koleksi budak2 tingkatan tiga
sangat cantik
batiklah, lukisanlah, sumenye memang kreatif, terpegun tau tengok hasil kerja dorang
bakal-bakal artis terkenal Malaysia








bila masuk dewan plak, lagilah tergamam
dengan pentas yang sangat cantik
bahagis sudut pentas dengan alat permainan muzik yang lengkap
gamelan lah, kompang, gendang, gitar, drum, sumenya ada,,
respek gila la!




dan buat pengetahuan semua, projek ni memang budak-budak tingkatan 3 sekolah seni JB yang uruskan semuanya
doranglah bekerja sama baik dari tenaga muzik, tenaga tari, teater dan sumenye dorang buat sendiri
bayangkan untuk event yang besar macam tuh yang dihadiri oleh ramai VVIP seluruh Malaysia diuruskan oleh budak-budak 15 tahun
manalah cik zira tak bangga
kecik-kecik dah pandai macam ni, besar nanti lagilah dorang power




budak ini sungguh comel, berlakon jadi watashi nippon,,
budak len sumenye comel, geram jek tgk,,
betul-betul macam artis,, =)





teater bertajuk Rumah Warisan ni memang best
dimulakan dengan overture yang memang cantik bagaikan penari-penari profesional
liuk lentok dan kemasan tari dorang yang memang superb
terpegun cik zira tgk
pelakon-pelakon yang macam dah lama berlakon
dan paling cik zira suka bahagian muzik di hujung tepi dewan
memang bestlah dorang, tak padan dengan umo 15 tahun
konduktor dorang perempuan, tp best giles, semangat macam lelaki
dengan gaya tangan dia sume, memang best sangat
dorang men muzik macam pro tau, kalau korang ada kat dewan tuh masa tu, korang pon tak percaya budak-budak 15 tahun boleh buat macam event macam kt tgk dalam tv, bagaikan AIM macam tuh
bangga sangat-sangat dengan bakat yang dorang ada









TAHNIAH dan SYABAS buat budak-budak tingkatan 3, produksi pmr Sekolah Seni JB atas persembahan yang memang memukau
korang memang best sangat-sangat!








tak rugi datang menonton sebab dorang memang sungguh berbakat
lenkali kalo ada lagi BFF nak ajak lagi
yay! best best




tapi yang tak bestnya cik zira duduk jauh, nak amek gamba dekat-dekat malas nak bangun
duduk jela tgk, kat skrin besar pon boleh tgk kalo tak nampak direct ke pentas utama





pape pun, cik zira bangga dan kagum dengan dorang
dengan sekolah seni JB khususnya sebab peralatan yang cukup dan best sbb dorang berteater guna mic kat telinga tu tau
alatan dorang sume lengkap, macam tuh lah baru leh buat persembahan dengan berkesannya






sekolah macam ni harus diperbanyakkan lagi sebab budak-budak seni ni, bila dorang ada tempat untuk menggunakan bakat yang dorang ada, barulah dorang akan berkembang
dan cik zira percaya, ada antara mereka yang bakal menjadi komposer, artis, pelakon dan penari yang terkenal yang dapat mengharumkan nama negara
syabas adik-adik!



thanx BFF dEar untuk show yang superb ni,, suka sangat!






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 18 julai 2010 8.58 p.m.

2 comments:

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

wow
memang happening habis la sis
meriah jek nampak

hazirah abdul rahman said...

haah lya, memang best sangat
kalo lya tgk pon lya teruja,,=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails