SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, August 29, 2010

berbuka puasa 18 ramadhan



salam ramadhan 
hi semua, selamat hari ahad, pagi-pagi ahad cenggini buat apa ye?
cik zira dah siap sedia bangun-bangun jek buka laptop nak update blog, biasalah untuk entry pagi kan entry juadah berbuka puasa, mestilah semangat terlebih





tapi, sebelum tuh, cik zira nak bagi tahu
cik zira sejak beberapa hari ni tak sihat sangat lah, selsema
tengah musim agaknya, jadi, korang jaga kesihatan k, dahlah bulan puasa macam ni
cik zira semalam beli ubat kat farmasi, atok suruh beli
beli panadol activ-fast, panadol extent, ubat selsema dengan minyak kapak yang besar
jumlah kat farmasi tuh RM40, seb bek ada member card, dapatlah diskaun sket,,





lepas beli ubat kat farmasi, cik zira dan chenta hati pun merayap pergi bazar dekat luar giant tuh, bazar Taman Suria, kat bazar tuh lah banyak gerai, macam-macam ada tau
dan, berjayalah kitorang berjalan tawaf satu bazar tuh memandangkan baik cik zira mahupun chenta hati 1 masing-masing tak pernah tawaf habis satu bazar tuh, lagipon masa tuh awal lagi, baru kul 5 cenggitu, jadi kitorang pun membuang masa melihat-lihat segala juadah yang ada
sume nampak sedap jek,,hee





jadi, hasil rembatan adalah seperti berikut:

  • air kathira urip 3 bungkus - RM 6
  • roti bom 3 keping - RM 3
  • kuih tako 6 biji - RM 2
  • roti john special yang panjang tuh + black pepper sos - RM 4
  • sup campur - RM 5
  • kuih karipap sardin saidin yang sedap 8 biji - RM 2
  • popiah saidin 3 keping - RM 1



kira banyaklah jugak membeli kat bazar dengan saidin semalam, kalau kuih memang beli kat pakcik saidin jek sebab gerenti sedap
dan alhamdulillah semua yang beli kat bazar semalam sedap kecuali sup tuh terlampau pekat dan berlemak, tapi okehlah, boleh makan
pergi beli bukan apa, atok suruh beli kan, lagipun bik ani masak lauk jek, tambahan lah





itulah serba sedikit kisah semalam
masa yang ada bersama chenta hati 1 diluangkan bersama, chenta hati 1 balik dah malam semalam kul 9 lebih, cik zira time tuh dah ngantuk tahap apa dah sebab makan ubat selsema





okeh, jom-jom tengok juadah cik zira berbuka puasa semalam, bersamaan 18 ramadhan


menu di atas meja
sup campur

kaki ayam goreng
sup sayur

ayam goreng kunyit bik ani masak sangat sedap!!

kuih muih - popiah goreng, karipap sardin sedap ngan kuih tako

roti john special + roti bom


ha, itulah menu berbuka puasa kitorang semalam
semalam 4 orang jek, atok, bik ani, chenta hati 1 ngan cik zira
walaupun berempat, menu tetap macam ramai yang nak makan,,hee
chenta hati 1 pun bawa bekal balik ke yong peng untuk bersahur




itu jelah ye untuk entry pagi ahad ni
terima kasih sudi membaca entry ini dan terima kasih buat yang sudi dan tak jemu singgah blog MERAH cik zira ni, sekalung penghargaan cik zira berikan
tanpa korang, tiadalah cik zira, hee,, bersyahdu plak tetibe kan,, ;)




selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat berterawih ye,, ^__________^






~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 29 ogos 2010 8.54 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails