SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 23, 2010

buka puasa 12 ramadhan





salam ramadhan semuanya
kejap jek dah hari isnin balik kan?dah habis dah hujung minggu untuk berehat-rehat, kena kembali semula menjalankan tugas masing-masing, takpe, kejap jek, nanti dah hari jumaat balik,, =)





cik zira kini bersiaran dari umah atok kembali setelah berada di rumah BFF selama 1 hari setengah, bermalam di umah BFF semalaman





semalam cik zira berjalan bersama BFF dan tunangnya
dan bercakap pasal makanan berbuka semalam kan, untuk entry kali ni tiada gamba makanan, nak bagi tahu jek sebab tak sempat nak amek gamba makanan





semalam lepas dah selesai keje BFF dan tunangnya, ktrg singgah di SMART kat Pandan tuh
pergi bazar ramadhan kat situ, meriah jugak, macam-macam ada walaupun tak sebesar di Taman Suria tuh
BFF belikan nasi kerabu, dia kata nasi kerabu tuh memang sedap
cik zira pun nak jugak sebab nak rasa, amek lauk telur masin dengan kerabu perut





berbuka makan nasi kerabu tuh sampai semput, dahlah banyak, nasi banyak lauk dia penuh, tapi memang puas hati, tambahan dengan ikan keli masak cili api yang cik siti masak makan dengan nasi kerabu tuh, alamak ai, memang lama lah cik zira menikmati makanan




nasi kerabu kat situ memang sedaplah, terbaik!!
harga dalam RM3.50 ke RM5.00 ikutlah lauk ape yang diamek
kedai dia kat hujung sekali, memang ramai beli kat dia, lauk sume sedap-sedap
kira yang jual ni memang betul-betul nak bagi orang makan tak macam sesetengah peniaga tuh yang nak untung jek,,





jadinya, semalam menu cik zira hanyalah nasi kerabu yang sedap itu
thanx ye BFF ku sebab memperkenalkan nasi kerabu itu, memang sedap





korang yang duk JB agak-agak nak makan nasi kerabu, pergilah bazar kat SMART ye, trylah nasi kerabu itu
menu lain pun macam-macam ada kat bazar di situ
sambil-sambil tuh dekat situ pun macam-macam baju raya ada, leh tengok-tengok
macam-macam ada kat SMART tuh, pergi jelah





itu sahaja entry untuk pagi isnin ini 23 ogos 2010 bersamaan dengan 13 ramadhan
selamat takde gamba makanan kan kan, takde lah sape-sape terliur masuk blog merah ni pagi isnin ni, tapi jangan risau, esok pagi akan ada gamba makanan seperti biasa yep





oh, pagi tadi sahur awal, kul 4 pagi
makan nasi goreng cili padi atok buat, dahlah panas lagi, dengan sedapnya
bertambah-tambah cik zira makan, dari mengantuk terus segar pekena nasi goreng cili padi atok tuh,,hee
minum air teh o dengan air masak,,





itu sahaja cerita nak disampaikan , borak kosong sahaja lah ye memandangkan tiada gamba nasi kerabu tuh,, lenkali insya Allah kalau beli nasi kerabu tuh lagi memang kena snap gambanya






untuk semua, selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat berterawih ye
terima kasih sudi membaca entry ini,, ^__________^






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 23 ogos 2010 8.00 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails