SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, August 23, 2010

trend baju raya 2010




salam ramadhan semuanya
entry petang ini entry cakap-cakap dan perkongsian sahaja lah ye





oleh sebab cik zira ni tak bersedia lebih awal macam orang lain yang sedari awal dah beli kain dan dah tempah baju raya siap-siap, jadinya perlulah ke bazar-bazar untuk mencari baju raya
dah nasib badan orang last minute macam ni,,





dan cik zira perhatikan lah kan
kat JB lah, tempat lain cik zira tak tahu tapi mungkin sama sahaja
trend baju raya tahun 2010 ini ialah jenis kain plain, baju kurung moden dan di bahagian leher dan dada tuh penuh dengan labuci dan manik-manik
mana-mana pergilah, memang baju raya tahun ni semuanya macam gitu
tak kiralah pattern yang macam mana tapi memang penuh dengan labuci dan manik
macam gamba kat bawah ni, antara contohnya:










ada pulak tuh yang penuh dengan lip-lap satu baju dari atas sampai bawah
ada jubah cantik-cantik





kaftan cantik-cantik kat sini tak banyak, ada dalam 1-2 kedai sahaja jual itu pun x banyak sehelai dua sahaja, mungkin dekat butik banyak






dan oleh kerana trend baju raya 2010 sebegitu rupa, makanya cik zira pun dah terjebak sama
ikutlah trend semasa ini
baju raya cik zira beli pun ada labuci penuh, nanti raya cik zira pakai cik zira tunjuk ye





dan macam BFF cakap kan, "baik buat baju raya awal-awal, puas hati, kain beli sendiri tempah sendiri, tak sama dengan orang lain."





yelah kan, betul apa BFF cik zira cakap, buat sendiri lagi puas hati, sebab kalau beli kat bazar-bazar ni sama jek dengan orang nanti
tapi masalahnya, cik zira dan yang senasib ni memang tak sempat nak bertempah, penyudahnya sume beli ready made
takpelah, sama pun samalah, jumpa sama nanti senyum jelah,,hee





oh ye, kat butik First Lady pun banyak baju cantik-cantik
tak lupa yang duk di JB, kat bazar ramadhan dekat Pasar Borong pun ada baju cantik-cantik kalau nak tengok,,





takpe, raya lambat lagi, buat yang masih takde baju raya, pelan-pelan leh cari yang ready made, jangan risau,, =)





gambar baju kurung kredit kepada Butik Zafiqah Beauty, thanx!!






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 23 ogos 2010 8.35 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails