SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, August 24, 2010

tak sabar...




hi semua
dah terawih dah?berbuka tadi mesti makan sedap kan kan





14 hari berpuasa, menanti 16 hari berjalan dengan sempurna insya Allah



entah kenapalah ea, hari ni cik zira asek ingat raya jek
entry petang tadi pasal raya, entry malam ni pon pasal raya jugak,,
harap maaflah ye, hati duk asyik ingat raya je ni,, padahal ada bape belas hari lagi nak puasa,,ngee




cik zira sekarang ni menanti dengan sabar ketibaan syawal tak lama lagi
syawal setahun sekali sahaja, dan memang akan menjadi tidak sabar lagilah dah nak dekat habis ramadhan nanti, bila menunggu semuanya balik umah atok, berkumpul, berbuka puasa bersama dan menyambut syawal bersama




ouh, sungguh tidak sabar bila mengenangkan itu semua





mungkin raya kali ini agak berbeza dari raya sebelum-sebelum ini
insya Allah, mulai raya kali ini, ianya akan terus indah sehingga raya untuk tahun-tahun berikutnya,, =)





beberapa hari yang lepas, chenta hati 2 ada bagi tahu pasal cuti dia
dia cuti awal, sabtu dah cuti dan dia cuti raya pun sampai raya ke 9 baru balik kem balik
yay, dapat lepak dengan chenta hati 2 lama-lama sebab dah bape bulan dah tak jumpa dia





chenta hati 1 plak cuti tak lama sangat
dia tak minta cuti lagi, maklumlah praktikal kan, payah sket nak cuti
tapi, harap-harap pun dia dapat cuti lama sket





raya 2 tahun lepas pergi tgk wayang dengan cucu-cucu lelaki atok
raya tahun lepas ktrg gi men boling ramai-ramai
tahun ni agak-agak ke mana ye? karaoke lah plak, belum pernah ni join dorang karaoke






eee,, tak sabarnya nak tunggu sumenye balik
yelah kan, disebabkan masih tak berpekerjaan, duk uma jek, jadinya kenalah tunggu sume orang balik, kalau dulu masa ngah blaja lagi duk tak sabar nak balik kampung nek bas masa nak dekat raya, sekarang ni plak duk tak saba tunggu sume orang balik beraya




takpe-takpe, lagi bape minggu jek lagi
tak lama jek lagi nak raya, sabar-sabar cik zira, bawa bersabar





tapi, kalau difikirkan memang tak sabar sangat :

  • sume orang balik bagi rumah yang sekarang ni sunyi jadi riuh rendah
  • jumpa chenta-chenta hati nak lepak ngan dorang borak-borak
  • nak berbuka puasa ramai-ramai sampai dapur tuh tak muat nak menampung, walaupun dah ada 2 meja pun masih yang ada kena makan di bawah, seronok sangat
  • malam raya gi umah tok yam sebab arwah mak balik sana
  • nak gosok baju raya cik zira dengan chenta-chenta hati
  • nak dengar takbir raya malam raya dan pagi raya tuh, syahdu dan penuh kesyukuran
  • nak makan makanan raya yang sedap-sedap pagi raya tuh
  • nak pergi rumah sedara mara konvoi dengan semua
  • nak melaram dan bergambar masa raya
  • bersalaman dan bermaafan di pagi raya dengan semua
  • nak dapat duit raya - eh, tapi mana dapat dah, dah habis blaja, tahun lepas masih dapat,,huhu, ni part sedih ni,, =(
  • NAK BERHARI RAYA DENGAN SEMUA YANG TERSAYANG





aduhai, makin tak sabar plak jadinya





jap-jap
kena tarik nafas dalam-dalam bawa bertenang bawa bersabar
saat-saat tuh sume akan sampai jugak tak lama jew lagi
kena bersabar wahai cik zira
memang sume orang suka hari raya bukan awak seorang sahaja, jadi sila bersabar



muka si merah ini yang sedang bersabar dalam ketidaksabaran,, ^___*






baiklah-baiklah
kena bersabar sekarang ^___________*






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 24 ogos 2010 8.57 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails