SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, August 24, 2010

tudung raya cik zira





selamat petang semuanya, assalamualaikum dan salam ramadhan =)





okeh
seperti semua dah tahu, baju raya cik zira dah ada
tudung raya tak tahu sama ada nak beli atau pakai yang mana ada
agak-agak takde yang cantik nak dibeli, pakai jelah yang ada-ada tuh, kreatif jela nak bagi nampak lain sket





entry ni cik zira nk tunjuk tudung raya cik zira untuk raya tahun-tahun lepas
tapi sebelum tuh janji dengan cik zira takmo gelak tau tengok cik zira dulu-dulu neyh
janji?





okeh, dah janji kan, gelak dosa, masuk api neraka tau,, (ayat masa zaman kecik-kecik),kekekeke






gamba yang ada dalam laptop ni start dari 2005 sahaja, jadi tahun-tahun sebelum tuh tak ingat pakai tudung ape, harap maaf,,hee





jom tengok tudung raya cik zira di 1 syawal dari tahun 2005 sehingga tahun 2009
2010 coming soooonnnn!!!~~

gaya 2005 - tudung bawal dijadikan seperti itu,macam mana entah,
tak ingat dah buat camtuh


gaya 2006 - tudung petak corak biasa, pakai pun biasa sahaja

gaya 2007 - tudung petak warna hitam dipakai seperti selendang
(oh,mayam sangat comel!)


gaya 2008 - berselendang plain kaler cream sahaja, simple

gaya 2009 - tahun ni baru semangat bertudung cantik sket,
padanan tudung ekin di dalamnya dan tudung CT manik disarungkan di luar, mudah ringkas tapi cantik,, =)







seingat cik ziralah, tahun 2010 tuh baru cik zira betul-betul cari tudung cantik yang sesuai dengan baju raya tuh, tahun sebelum-sebelum tuh cik zira ingat cik zira memang tak kisah sangat pasal tudung, ada tuh men bedal jek bila dah pakai baju, tudung tak tahu nak pakai tudung ape, jadinya nampak jek tudung pape, men sauk jek pakai kat kepala, sampai macam tuh sekali kan





dan mulai tahun lepas, tudung sudah cik zira pentingkan memandangkan dah menjual tudung kan, takkan tanak pakai tudung cantik-cantik





dan insya Allah, untuk raya tahun 2010 ini, kalau ada tudung baru yang cantik, cik zira beli
kalau takde, cik zira akan mix n match tudung yang ada untuk dipakai dengan baju raya baru
tapi, kena try pakai-pakai sebelum raya lah kan, kang kalau pagi raya baru nak pakai, kelam-kabut akan jadi simple jelah tudung yang dipakai tuh
nak nampak len sket pagi raya, kalau tak sama jelah setiap pagi raya macam tahun 2005-2008 tuh, men sarung jek,,





tahun ni, raya pertama bertudung MERAH sebab tahun 2010 ni temanya MERAH
tudung MERAH macam mana ye akan dipakai cik zira? cik zira sendiri tak tahu
kena duk depan cermin cuba jaya dulu nampaknya memandangkan takde tudung baru lagi,,
kena ada back up plan pakai tudung yang ada dulu sekiranya tiada tudung baru,, hee





sebenarnya, bila sibuk ada baju raya baru cantik-cantik, pemilihan dan padanan tudung pun kena dititikberatkan bagi yang bertudung supaya tidaklah hanya baju cantik tapi tudung biasa-biasa sahaja, bukankah elok kalau baju dan tudung sama-sama cantik dan itu yang cik zira nak pesan pada diri cik zira, baju raya cantik dah ada, pastikan tudung yang dipakai nanti juga akan kelihatan cantik, itu penting





okeh, sekarang ni kena cari mood melihat tudung yang ada dan mood untuk mencuba jaya di depan cermin, sekarang mood itu masih tiada, ok fine, sila cari mood itu cepat-cepat cik zira, jangan sampai dah esok nak raya baru terkial nak pakai tudung apa nak pakai macam mana,,





yang penting cantik okeh
tak kisahlah tudung jenis apa, mahal ke murah ke, baru ke lama ke
pentingnya, pakai, kreatif, cantik, selesa dan puas hati
itu perlu ingat




baik, cik zira ingat ^__________*





terima kasih baca entry ni
selamat berbuka dan berterawih ye





p/s suka tengok orang cantik pakai tudung apa pun cantik, teringin nak macam tuh, sebab tuh kena rajin cuba jaya,, insya Allah,, =)






~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 24 ogos 2010 9.30 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails