selamat petang semuanya
macam mana hari anda setakat ini?mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja k
entry pagi tadi cik zira da bagi tahu kan nak bagi tahu cik zira dapat posting di mana dan seperti yang dijanjikan, ini dia entry tersebut
masa isi borang dulu, cik zira apply nak ke sabah sebabnya sabah sarawak tak sampai lagi, tuh yang teringin nak mulakan kerja kat sana
kalau dapat, alhamdulillah tapi kalau tak dapat nak negeri sendiri sebab tanak gi negeri orang,, ceh, boleh ea gitu..hee
semalam, cik zira dan rakan-rakan telah dapat tahu penempatan kami semua, dan alhamdulillah semuanya adalah yang terbaik yang diberikan oleh Nya. semuanya dihantar ke negeri masing-masing kecuali beberapa orang yang dapat negeri lain tapi pun tidaklah jauh mana bukannya utara nun ke selatan nin,,, ;)
dan ini, dengan rasminya, cik zira ingin membuat PENGAKUAN iaitu, cik zira atau nama sebenar HAZIRAH telah ditempatkan di negeri.............................................................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
negeri
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
cuba teka negeri mana???
(pang, ada kang cik zira kena lempang cyber, tak tahu sape lempang tapi alih-alih kena lempang)
NEGERI :
JOHOR DARUL TAKZIM
syukur alhamdulillah...
tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan yang rata-ratanya sangat gembira sebaik sahaja mendapat tahu negeri apabila menelefon KPM semalam
tahniah kawan-kawanku semua
11 oktober 2010, isnin, bermulalah detik cik zira, detik bersejarah menjadi seorang guru
isnin minggu depan ni kena mendaftar diri dan mendengar taklimat dan kemudiannya baru dapat tahu sekolah mana yang akan menjadi sekolah pertama cik zira ditempatkan
dekat mana cik zira akan mendaftar? tuh sume tak diputuskan lagi, kalau dah tahu mana tempatnya, cik zira update k
semoga sekolah pertama nanti adalah sekolah yang baik untuk cik zira, AMIN
doakan ye semua
p/s harap-harap dapatlah connect broadband kat tempat baru nanti. nak update blog hari-hari lebih-lebih lagi bercerita pasal tempat baru. nak sangat ada line internet. broadband baru dah beli dah,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 5 oktober 2010 2.28 p.m.
14 comments:
alhamdulillah..tahniah...
alhamdullilah. .. .
tahniah. .
tak la jauh. . .
alhamdulillah syukur,,
thanx dEar,, =)
haah midah,,alhamdulillah,,
kat negeri sendiri,, =)
penempatan yg tiada halangan kan..?? slmt berseronok d tmpt baru ja cikgu...
sis cikgu ke? hee... tahniah sis..
salam.. hari ni sy isytihar bkn silent reader lagi..ngeh3... tahniah kerana berjaya menjadi salah seorg warga pendidik... Jadilah pendidik anak bangsa, dan jangan jadi cikgu semata2... (beza besar kedua2nya tuh)... Best of luck!
tahniah sis...
alhamdulillah...
another cohort ^^
tahniah...semoga semua nya berjalan dgn baik :)
yeayy
sis dpt semenanjung..
atleast hrpn nk jmpa cerah
hehe
congrate sis
i m happy for u..
excited tau td scroll
saje ek nak maen2..
Tahniah...Johor??? kat area mana? Jb dkt dgn akk...hehehe. Call mee kak CT..jom jd follower akk lak...
iella ~~ insya Allah tiada halangan,semoga mendapat sekolah yang baik,, terima kasih iela,, =)
nana ~~ yep dEar,, kt cikgu,, thanx dEar!!
puterihannan ~~ thanx kak kerana pengisytiharan itu.yep,insya Allah,setelah belajar 6 tahun,kt pun tahu beza cikgu dan pendidik.kt akan cuba jadi yang terbaik,,insya Allah, thanx kak,,=)
zeha my junior ~~ thanx zeha,,alhamdulillah, akhirnya dapat jugak penempatan,harap nasib korang tak sama macam ktrg,,thanx zeha dEar,, =)
lyakusayang ~~ insya Allah,1 hari mesti kena jumpa lya ni,,doakan ye utk kt,,excited ea,,kt pun excited dapat tahu negeri sendiri cuma tak tahu lagi di mana,pape t kt bagi tahu k,, thanx cayang!!
CT ~~ la,kak ct,kt memang duk JB pun,,cuma bila dapat negeri johor utk bekerja tak tahu lagi dapat belah mana,,kt JB duk kg melayu.mmg org JB,akak duk mana?cikgu skolah mana?,, =)
tahniah.....moga menjadi pendidik yang disegani...
tahniah.....moga menjadi pendidik yang disegani...
thanx so much puteri dEar,, =)
insya Allah,,
Post a Comment